Handbag Yang Diperbuat Daripada Tulang Belakang Manusia.
15 April 2020Terasa Muda Ketika Bersama Graduan UTM
17 April 2020Allahyarham Datuk Sudirman layak digelar Ikon Fesyen Negara kerana gayanya yang tersendiri sehingga kini menjadi lagenda. Ingat lagi tak? Baju berunsurkan bendera Malaysia dan gabungan kreatif tradisional dan moden yang dipakai olehnya.
Genap 34 tahun Konsert Gergasi Chow Kit Road oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang berlangsung pada 14 April 1986. Konsert yang mencatatkan sejarah tersendiri dimana telah berjaya menghimpunkan hampir 100,000 orang yang membajiri Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi menyaksikan kehebatan penghibur Nasional kesayangan ramai beraksi di atas pentas. Dasyat sungguh, kan’.
Disebalik kemeriahan Konsert Gergasi itu, ramai yang bekerja keras untuk menjayakannya. Antaranya, Mike Bernie dan kakitangannya sanggup bertungkus lumus selama beberapa hari suntuk dalam waktu persiapan yang terlalu singkat. Tambahan pula, Glue, Girls dan Giggles juga giat berlatih bersungguh-sungguh bersama Allahyarham bagi mengatur dan merancang segala persiapan persembahan konsert tersebut. Penaja bagi konsert ini ketika itu adalah McDonalds dan Singer.
Allahyarham sangat terharu ketika menaik skylift bomba, beliau memandang kebawah dan ternampak satu banjiran manusia yang ramai, panjang dan bersimpang-simpang. Suasana ketika konsert adalah sangat meriah dan cuaca juga sangat baik. Demi peminatnya, Allahyarham memberi persembahan yang terbaik sehingga hilang rasa sakit dan penatnya pada hari itu.
Dengan adanya konsert ini, sebenarnya mereka telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama rakyat di Malaysia ketika itu. Allahyarham juga telah melakarkan lukisan kemeriahan konsert tersebut dan berharap agar lukisan itu dapat menggambarkan suasana kemeriahan konsert tersebut dan sekaligus dapat menghiburkan peminat-peminat yang jauh dan tidak dapat datang ke konsert itu. Sayang sungguh Allahyarham terhadap semua peminatnya
, kan.p/s : Siapa yang sempat pergi ke konsert tersebut memang legend! Sila komen di bawah.