Bagasm: Mulberry Willow – 2 beg dalam 1

Seorang follower CuteCarry ingin menabung untuk membeli satu designer bag dan meminta pandangan CuteCarry apakah beg yang sesuai untuk beliau. Beberapa imej telah dihantar pada CuteCarry dan semua beg yang dia tunjukkan agak memboringkan, dan CuteCarry telah mencadangkan agar beliau  membeli beg Alexa daripada Mulberry dan dalam 2 saat, hatinya terus jatuh hati walaupun harganya luar jangkaan. Nasihat CuteCarry ialah terus menabung ataupun sila pecahkan tabung-tabung yang ada di rumah, tak kisahlah tabung gas ke, tabung uji dan sebagainya.

1

Lupakan berkenaan Alexa kerana ada  Mulberry ada Willow!

Willow masih mempunyai signature Mulberry (bulat bujur tengah-tengah tu!) tetapi paling best kerana ia adalah beg dua dalam satu iaitu tote dan juga clutch.  English  classic never goes out of style. Clutch tersebut adalah detachable daripada tote. So, bolehlah dikatakan ia penjimatan yang sesuai untuk anda yang suka berjimat. Kita ada banyak dua dalam satu, kopi, teh, bijirin even Air Asia pun ada dua dalam satu (like beli dua tiket dapat harga murah).  Willow adalah contoh dua dalam satu dalam dunia beg. Jika anda carry Willow, sekeliling akan tahu beg anda berharga bermula mungkin sekitar RM8000 ke berbelas ribu.

Well… kan dua dalam satu. Alah membeli, menang memakai. Sila beli tabung ayam, buluh dan sebagainya. Mulakan menabung!