BELT BAG BURBERRY

Dulu beg Burberry popular sangat.. sampai banyak betul imitation.Tapi makin lama makin kurang. Burberry dah kurang menjadi sebutan.

Semasa zaman kegemilangan Burberry, I pun ada trench coat Burberry yang ikonik tu. Belt di kot yang ketat-ketat sebab masa tu perut flat bak padang bola.

Kini dari trench jadi beg. Belt beg.

Burberry Belt Bag diilhamkan oleh Christopher Bailey – bekas pengarah kreatif Burberry.

Ilham dari kot trench ikonik Burberry, yang dilengkapi tali pinggang jaket atau kot mereka. Dari situlah ilham pereka itu muncul dan ia digelar Belt Bag!

Yang menjadi tarikan utama adalah rekaannya yang disempurnakan dengan bentuk dan ruangan yang besar, mudah dibawa, luas serta bahagian luaran yang sangat ringkas!

Ia dipanggil ‘IT’ bag kerana kebijaksanaan bag ini. Keluasan yang kita tak jangkau dek akal, wah!

Ramai yang memberi komen dengan mengatakan belt bag sangat praktikal,
versatil dan menjimatkan masa.

Mungkin kerana keluasan bag yang boleh meletakkan banyak barang dalam satu-satu masa. Siapa yang nak tolakkan. Semua orang pasti setuju untuk memilikinya!

Belt Bag didatangkan dengan warna yang unik dan kontra dibahagian lining serta beltnya. Harga sekitar RM8900 hingga RM12000.

Ada 11 warna pilihan dan 2 saiz samada medium atau large.

 


Neelofa sedang menggayakan Belt Bag.

Antara warna yang tersedia adalah sage green ( campuran warna kelabu dan hijau ) , kuning terang dan regency blue, semuanya datang dengan warna yang sepadan dan tali pinggang besar yang berwarna kontra.

 

Scha Alyahya bersama Belt Bag.

Artis yang sudah memilikinya seperti Zendaya, Rosie Huntington-Whiteley, Naomi Watts, Choi Ji Woo, Fyza Kadir and Brian See, Neelofa dan Scha Alyahya.

 

“REKAANNYA SANGAT UNIK. BISA DIPAKAI DARI SIANG KE MALAM, TAK KIRA WAKTU DAN UNTUK APA. SAYA SANGAT SUKA DENGAN BUTIRAN TALI PINGGANG YANG TERCETUS DARIPADA KOT TRENCH IKONIK BURBERRY KERANA IA MENJADIKAN BEG INI ONE-OF-A-KIND,” FYZA KADIR

Kalau diberi pilihan saya akan memilih warna sage green dan agak-agak followerlahkan, apakah pilihan warna favourite anda semua?

Ishk mana tahu satu hari impian menjadi nyata. Rezeki tak pernah salah alamat tau…

ps: tak beli lagi beg ini.

———————————–
Untuk jemputan mengendalikan seminar.

‭019 337 6807‬
019 329 0397
‭03 8940 6807‬

Hubungi : training@cutecarry.com  atau cutecarry@yahoo.com