EMCEE YANG COMOT
15 January 2020FESYEN PAKAIAN MENGANDUNG ALA-ALA SELEBRITI
17 January 2020Permainan yang sangat licik oleh sebuah butik yang menjual pakaian branded tiruan. Butik mewah di Bangsar dipercayai telah menipu golongan VIP dengan menjual pakaian berjenama terkenal antarabangsa cetak rompak dengan harga ribuan ringgit setiap helai. Jika dilihat dengan mata kasar, pakaian mewah tiruan yang dijual memang menyerupai pakaian original.
Hafiz CuteCarry pun pernah masuk di butik branded tersebut. Memang harga murah tapi barangan tak asli, uols! Nasib baiklah pegawai KPDNHEP dah buat pemeriksaan dan rampasan di ketiga-tiga premis butik yang berada di ketiga-tiga premis yang berada di Putrajaya, Dataran Pahlawan Melaka dan Tanjung Bungah Pulau Pinang, semalam. Semua rampasan pakaian mewah tiruan itu bernilai hampir RM 600, 000.
Bagi peminat pakaian branded, CuteCarry nak kongsikan tips agar anda tak jadi mangsa penipuan.
- Beli pakaian di butik jenama pilihan anda. Contohnya, kalau anda nak beli Gucci, buatlah research di mana butik Gucci berdekatan anda. Jangan main terjah je pergi butik yang tak sepatutnya.
- Be careful dengan pakaian preloved, besar kemungkinan mereka hanya meletakkan label jenama untuk menyamarkan kualiti pakaian tersebut
- Janganlah beli pakaian branded yang terlampau murah. Benda yang tersangat murah ni kebiasaannya tidak asli.
Sumber : HMetro