Siti(s) In Purple Rizman Ruzaini
18 Ogos 2010Nampak lebih tinggi dan kurus dengan baju kurung
20 Ogos 2010Guess memang pernah menjadi beg favourite CuteCarry.
I rephrase ye… pernah menjadi. Tetapi semakin lama, design beg Guess nampak murahan, dan kadang kala disebabkan banyaknya beg Guess ciplak di pasar malam, Guess original yang dijual 40% diskaun nampak macam ciplajk juga.
Apa ni Guess? Dulu sewaktu zaman 90an,siapa pakai Guess memang kelas la! Long, long time ago.
Tiba-tiba hati CuteCarry sedikit tertarik dengan Alina (bukan pasangan duet Anuar Zain zaman dulu-dulu ye!)
Beg ni tidak nampak macam rekabentuk beg-beg Guess yang murahan. Nampak kukuh (tidak tahulah jika tidak kukuh) dan boleh tahan juga gayanya. Boleh pakai waktu shopping. Lambang G dia pun simple dan classy.
Harga lebih kurang didalam RM500. Untuk yang baru-baru nak berjinak dengan beg-beg branded, mungkin boleh bermula dengan Guess. *paham,gaji baru berapa kan, sebelum mula beli Coach, beli Guess dulu, bila dah dapat beli Coach, mengidam Chanel pulak! Begitulah adat kehidupan fesyenista!
I AM SPEAKING FROM OWN EXPERIENCED..