Brand Mahal Tak Semestinya Berkualiti?

Baru-baru ini, kecoh satu video di tiktok mengenai barangan branded Gucci. Video ini dikongsikan di tiktok rasmi CuteCarry.

Apa yang mengejutkan video tersebut mencapai 118.6k tontonan dengan 5.8k tanda suka.

Rata-rata memberi komen positif, tak kurang juga ada yang berseloro berbaur sindiran.

@cutecarry

Review harga Gucci untuk panduan anda. #imageconsultant @gucci

♬ Heart Of Glass – Special Mix – Blondie

Satu persoalan yang kebanyakkan orang ingin tahu, barangan branded yang mahal dipasaran adakah betul berkualiti? atau sekadar gimik ?

Apa yang anda perlu tahu setiap produk dan barangan diluar sana mereka mempunyai target market mereka, dengan kata lain mereka ada sasaran demografi mereka sendiri.

Sebagai contoh brand seperti Padini dan Brand Outlet, salah satu pusat pakaian yang agak terkenal di Malaysia, mereka dikategori sebagai pakaian fast fashion.

Bagi mereka yang tak tahu fast fashion ini adalah pakaian yang mengikut gaya semasa dan trend terkini dengan harga mampu milik.

Majoriti golongan anak muda yang berpendapatan sederhana mampu beli dengan kualiti yang boleh dikatakan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Soalan di Tiktok CuteCarry

Jadi berbalik kepada soalan adakah barangan branded seperti Gucci, mahal kerana material yang premium? atau sekadar jenama dan marketing seperti diperkatakan orang ramai?

Jawapannya Ya, materials yang digunakan daripada materials yang mahal dan eksklusif . Kebanyakkan barangan branded seperti Gucci misalnya, menggunakan raw materials yang eksotik dan sukar di dapati (Kulit Ular, Buaya, Bamboo, Burung Unta).

Sumber Gucci official

Disebabkan kualiti barangan yang ada pada produk Gucci menjadikan ia salah satu faktor dan pengaruh besar kenapa harga melangit. Ditambah pula, dengan pembuatan “handcrafted”, hasil produk lebih halus dan teliti yang menjadikan produk Gucci ini lebih eksklusif dan premium.

Tidak dinafikan, Kebanyakkan golongan yang sanggup bayar lebih untuk dapatkan produk branded adalah mereka yang inginkan kepuasan dan sebagai lambang kemewahan.

kalau anda nak dipandang berduit dan anda memang berkemampuan kenapa tidak? Duit anda pilihan anda.