
JANGAN PAKAI BAJU KURUNG DENGAN BLAZER!
21 Ogos 2019
MASIH BOLEH TAMPIL KURUS, WALAUPUN BADAN TAK SUSUT
23 September 2019Tanah Melayu kecoh dengan isu tulisan Jawi tetapi di Pulau Nippon seorang anak Melayu amat bangga memakai baju yang mempunyai tulisan jawi.
Baju aksara Arab yang dipakai oleh seorang penyanyi terkenal, Yuna ini adalah daripada label @mubdian_
Relaks je Yuna memakai baju ini sewaktu membuat persembahan di Jepun. Dia tidak dituduh pengganas atau menggalakkan orang Jepun masuk Islam.
Ini hanyalah huruf dan tulisan digunakan oleh orang Arab yang bukan semuanya Muslim.
Saya pun ada pakai t shirt tulisan Cina dan saya tak nak cakap Cina pun.
Tetapi dulu ada juga kontroversi bila dress Chanel rekaan Karl Lagerfeld memaparkan tulisan arab tetapi ianya rupa-rupanya adalah petikan ayat dari Al Quran. Karl meminta maaf sebab dia ambil tulisan tersebut daripada satu rekaan di Taj Mahal. Dia ingatkan itu adalah sajak cinta.
Tulisan jawi ini sebenarnya macam tulisan lain juga.
Malangnya saya hanya pandai baca Jawi tetapi kurang pandai menulis. Zaman saya sekolah dahulu memang tiada pun kelas jawi. Belajar jawi pun sebab ada kelas mengaji selepas habis waktu sekolah.
Uols pandai baca dan tulis Jawi tak?
Share sikit.
Love
Hafiz #cutecarry
Saya nak cari tshirt tulisan Jawi. Ohh so stylish.