Pasangan bercinta Khairul Fahmi Apek dan Leuniey (Janet Khoo?) pasangan sepadan!
1 October 2012Futsal Neon Pertama di Malaysia oleh Dashing for Men dan menang RM20K
2 October 2012Heboh bila seorang artis Malaysia bertatoo. Walaupun tatoo adalah satu fesyen terkini, tetapi untuk seorang Muslim bertatoo adalah haram. Zup zap Amanda Imani bertatoo di kaki!
Oh.. jangan terus melompat. Sebenarnya tatoo di buku lali Amanda Imani tu ialah tatoo sementara (temporary tatto). Sebuah akhbar melaporkan bahawa Amanda Imani bertatoo tetapi cepat-cepat beliau memberikan penjelasan sebenar yang tatoo itu adalah hanya temporary,yang boleh dihilangkan degan hanya membasuh je.
(Image murai.com.my)
Jika anda terkejut dengan tatoo Amanda, tidak payah hendak terkejut sangatlah. Jika ada perlawanan bola sepak ramai je orang Melayu lekat tatoo pasukan atau bendera kegemaran tanganlah, di pipi lah. Konsepnya sama la dengan tatoo Amanda Imani.
Lepas pakai basuhlah!
Ramai juga yang hentam dia dalam blog. Sebelum hentam dia, hentam peminat fanatik bola juga. Barulah adil.
Tatoo adalah dikira sebagai satu trend fesyen, desoigner seperti Marc Jacobs adalah peminat tatoo. Satu badan penuh tatoo!
Bercakap tentang tatoo dan Islam, CuteCarry tidak nafikan ada rakan CuteCarry yang berbangsa Melayu yang mempunyai tatoo. Bukan temporary tatoo seperti Amanda tetapi tatoo kekal.
No comment. Satu perkara yang pasti ialah:-
CuteCarry TIDAK suka sebarang tatoo di tubuh CuteCarry. I like it clean and clear.
Tetapi kita harus ingat, janganlah menganggap semua orang yang bertatoo itu jahat. Stigma dikalangan kita ialah jika tengok sahaja orang yang bertatoo terus ingat orang tu jahat dan liar. Jenis yang suka enjoy, ganas, gaya hidup bebas dan sebagainya.
Tahukah anda untuk sesetengah budaya tatoo dikira sesuatu yang suci dan lambang keberanian. Contohnya ialah masyarakat Iban di Sarawak. Tatoo yang berunsurkan alam sekitar seperti Bunga Terung adalah lambang keberanian dan pahlawan.
Jika orang Iban ( berwajah seperti Melayu) berada di Semenanjung dan ada tatoo, orang-orang disini janganlah pandang lain macam ye. Ia adalah sebahagian daripada budaya. Siapalah kita hendak merendahkan budaya orang lain.
We will be appreciated if we can only realize the richness of other tradition. By respecting that, the harmony will continue to exist.
Open your mind and respect other people’s cultures.
Lite-Lite. That’s it!
CuteCarry with Amanda Imani and Rozita Che Wan.