Baju kanak-kanak yang stylish dengan harga berpatutan di Jeswin Uniqq House
29 January 2013CuteCarry’s Malacca weekend retreat with Papulex
31 January 2013Tidak tahulah dimana salahnya, manusia yang tidak berhati perut berada di mana-mana, termasuk didalam hutan. CuteCarry pun tidak sanggup hendak melihat gambar lebih 13 ekor gajah spesies terancam, Pygmy Borneo yang berusia antara empat dan 20 tahun ditemui mati sejak beberapa minggu lalu di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau dekat sini dipercayai akibat racun tikus. Jika dikatakan ia adalah meracun rumput, tapi digunakan racun tikus,hendak dikatakan racun binatang perosak, ia adalah hutan simpan jadi tiada sebab orang persendirian hendak meracun rumput.
Tetapi antara gambar yang paling menyedihkan ialah melihat anak gajah ini seolah-olah menangis disebelah ibunya yang telah mati. Dimanakah perasaan orang yang sanggup meracun gajah tersebut? Bayangkan perasaan anak gajah tersebut. Apakah nasib nya.. bayangkan jika kita kehilangan ibu atau penjaga. Disebabkan gajah-gajah yang mati itu adalah didalam satu kumpulan; bermakna keluarga anak gajah tersebut keseluruhannya mati.All alone. Poor calf!
Gajay pyqmy borneo adalah spesis yang amat istimewa kerana ia hanya wujud di Borneo dan populasinya kebanyakannya tertumpu di negeri Sabah. Gajah ini kecil daripada gajah yang biasa kita lihat dalam zoo dan ia telah melalui banyak sejarah, bermula dengan kerajaan Sultan Sulu lagi (well..kerajaan tu pun tak ‘begitu’ wujud lagi!). Kewujudannya juga amat misteri, ada yang kata ia adalah daripada keturunan gajah belaan Sultan Sulu yang dilepaskan ke dalam hutan dan ada yang berpendapat ia adalah memang asli daripada Sabah.
Tempat tinggal mereka pun terancam akibat pembangunan. Erm…. sad sad sad day…
Diharap peracun itu ditangkap tidak lama lagi. CuteCarry hendak tengok rupanya macam mana!
Comelnya…terasa ingin membela seekor, tapi Cutecarry kena ada enam orang assistant, baru boleh bela! Over tak?
CuteCarry bersama gajah yang amat comel di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.
Pusat ini amat mesra keluarga dan boleh membawa anak-anak mengenali, menunggang, memberi makan juga MANDI bersama gajah. Pendidikan yang amat baik, sekurang-kurangnya anak-anak anda sayang binatang liar terutamanya gajah dan tidak terfikir untuk meracun makhluk comel ini!!!
Boleh menghabiskan masa hujung minggu disana.Hanya sekitar dua jam lebih memandu daripada Kuala Lumpur. Masuk percuma tetapi jangan lupa menderma!
Teringat gajah, teringat iklan Hermes yang memang terpahat di hati CuteCarry!
I can see bag,bag , bag,elephant,bag,Hermes bag,Hermes,elephant!!!
Luv luv and luv…