Style Tips: How to wear round rimmed / frames sunglasses
5 November 2013Kursus Imej dan kisah CuteCarry di Pendang,Kedah
5 November 2013Jika ada yang membaca iklan ini mesti akan tersedak terutamanya apabila terbaca kenyataannya yang beliau kena mengorat dan suaminya cemburu!
Bukan senang orang hendak membuat kenyataan seperti itu terutamanya bila berumur 52 tahun seperti Puan Nora. Jika anda hendak mengeji berhenti dahulu, fikir sejenak..the other side of the story.
Ini adalah iklan/advertisement. Bersangka baiklah dengan Puan Nora.
Walau apa yang dikatakan, yang penting Puan Nora memang nampak GORGEOUS dan MUDA dengan rambutnya yang hitam dan lebat. Ini menunjukkan yang penampilan memainkan peranan yang penting didalam menaikkan taraf keyakinan seseorang.
Tetapi apa yang sering berlaku ialah ramai yang tua (atau perasan dirinya tua) mula memakai pakaian yang menunjukkan beliau nampak lebih tua.
CuteCarry kenali ramai peserta yang baru berusia 40an tetapi rupa dan gayanya seperti berusia akhir 50an atau baru berusia 30an tetapi lagak dan gaya seperti umur 45 tahun!
Bila ditanya kenapakah beliau berpakaian seperti sedemikain, beliau menyatakan umurnya telah tua (yeah.. umur baru 40an, ‘SANGAT TUA’) dan terasa malu hendak berpakaian seperti orang muda.
Apakah definisi muda? Umur 16 tahun ? 17 tahun? 30 tahun?
Kita sepatutnya berpakaian mengikut budaya,agama, kerjaya dan keadaan sekeliling. Umur memanglah menjadi faktor tetapi kenapa perlu memakai pakaian corak-corak dan warna seperti nenek-nenek ataupun seperti orang yang sangat tua. Kita sepatutnya memakai pakaian yang sesuai dengan tona warna kulit dan mengikut gaya semasa.
Contohnya, jika terasa rasa muka berseri memakai tudung berwarna merah,kenapa perlu tukar warna kelabu kusam atas dasar sudah meningkat usia?
Pilihlah warna yang membuatkan anda nampak lebih berseri. Bila suami dah mula melihat yang lain, anda juga yang susah hati tapi dalam kes Puan Nora, suaminya yang susah hati. Kuasa make over.
CuteCarry bukanlah meminta supaya yang berusia 43 tahun bergaya memakai peplum atau legging seperti 23 tahun. Apa yang diingini ialah kita perlu sedar yang peningkatan usia bukanlah penghalang untuk bergaya. Pilihlah gaya yang sesuai untuk anda.
Jika berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry sila hubungi 0193290397.
Click disini untuk perkhidmatan perundingan imej untuk individu.