
Berbaju Melayu Lengkap Bertanjak di Binaan Lama Bersejarah Ratusan Tahun.
1 July 2019
PROTOKOL SUSUNAN GAMBAR RASMI KERAJAAN MALAYSIA
18 July 2019Setiap organisasi mesti ada je orang perangai macam tu, kan?
Pangkat biasa sahaja tapi memberi arahan macam-macam, kalau arahan yang disuruh itu boleh diguna pakai, memang baguslah, tapi janganlah benda yang bukan-bukan pula disuruhnya. Acah-acah bos tak kena tempat pulak, kan? Kebiasaannya, orang yang ‘bossy’ seperti ini berkawan rapat dengan bos. Hal ini menyebabkan anda terpaksa layankan saja apa arahan dia. Kadangkala, kerja tu tiada kaitan dengan kita, tapi dia tetap nak suruh kita yang selesaikan.
Adakah anda pernah alami situasi seperti di atas? Kalau ya, sila baca sampai habis.
Orang seperti ini memang wujud! Usahlah anda pulaukan orang yang berlagak seperti bos ni, tapi dinasihatkan berjaga-jaga agar tidak memakan diri sendiri. Ramai yang mengadu dan bertanyakan kepada saya bagaimama hendak atasi isu ini.
Oleh itu, saya kongsikan cara untuk atasi masalah ni.
- Bersikap tegas. Jangan terlampau ikutkan sahaja kehendak dan suruhannya. Dikhuatiri anda pula yang akan tertekan dengan arahan daripada ramai orang.
- Berikan batasan antara arahan dan juga meminta bantuan. Setiap pekerja mempunyai bidang kerja dan tugas masing-masing, bukan? Kalau rasa kerja sendiri pun tak boleh siap on time, kenapa sibuk nak tolong buat kerja orang lain. Bincang baik-baik dan ketahui siapa yang berhak memberi arahan kepada anda. Fahami kembali bidang tugas anda. Hal ini boleh diselesaikan dengan cara baik, buat apa nak bergaduh ‘tarik muka’ pula, kan?
- Minta bantuan dan solusi daripada pihak atasan seperti ketua bahagian, pegawai sumber manusia atau pegawai unit tempat bertugas.
- Jika hal ini berterusan dan menggangu emosi serta prestasi kerja anda, maklumkan kepada pegawai paling tinggi.
Berikut adalah nasihat dan panduan bagi mereka yang mengalami masalah seperti di atas. Jika ada kawan-kawan yang tertekan disebabkan masalah sedemikian, mohon dikongsikan dan nasihatkan solusi seperti di atas. Insyallah, semoga urusan kita semua dipermudahkanNya.
Empat hari bersama Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang happening dan open minded Hari ke 3 dalam Seminar Setiausaha Keterampilan Hebat di Langkawi Sangat happening! Sangat proaktif mereka dalam seminar! Seminar dijamin tidak bosan Dinner bersama setiausaha
Untuk menjemput CuteCarry sebagai penceramah/speaker untuk seminar/training di syarikat anda, boleh hubungi pihak kami :

Email : training@cutecarry.com Website : www.cutecarry.com