Gambar Abby Abadi, Norman dan Memey sekeluarga bercuti di Genting Highlands

CuteCarry tegaskan lagi disini, CuteCarry bukanlah seorang peminat gossip. Well… nanti terbuat statement takut kena tembak lepas ini kan… REPHRASE: CuteCarry jatuh didala kategori membaca dan mendengar gosip tetapi bila bab  nak menulis atau memberi komen dan sebagainya, CuteCarry memang tidak suka. Tetapi mereka adalah couple gossip of the century kut..

Best tengok Abby Abadi, Norman dan Memey sekeluarga bercuti di Cameron Highlands. Walaupun kita dah dengar dan tonton pelbagai perkara daripada Abby serang Norman di lokasi, Memey kahwin dengan Norman sehinggalah kepada status twitter Abby sehingga kepada oh..rasanya Memey mengandung kan? (ambik hang…CuteCarry baru kata bukan peminat gossip tetapi semua tahu kan!!!)

CuteCarry with Norman and Memey. Abby tiada dalam gambar waktu ni tengah gaduh lagi

Perceraian mereka menjadi sangat sensasi. Kesian juga tengok mereka. CuteCarry tidak pernah tahu bagaimana rasanya jika ada diantara keluarga berpisah atau bercerai kerana didalam keluarga terdekat CuteCarry; daripada my mom, father, aunties, uncles, adik beradik memang tidak pernah bercerai. Perkataan cerai adalah sangat taboo didalam keluarga kami. Dipohon supaya keadaan dan taboo ini berkekalan sehingga bila- bila.

Oh.. I am so happy for them. Let’s be happy for them.When we happy, we will get happy returns!

ingat lagu promo zaman dulu-dulu..tak ingat tajuk tapi selalu keluar dalam TV1 (terbitan Filem Negara Malaysia kut!)
Ibu dan bapa serta keluarga, bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang..(Tarik key) Masa tidak menunggu kita, dari itu janganlah leka ingat masa depan, keluarga bahagia …

Lite-lite.That’s it!