Hari Raya Aidiladha jatuh pada Jumaat 26 Oktober 2012

Dengan ini Majlis Raja Raja telah menetapkan Hari Raya Aidil Adha 1433H jatuh pada 26 Oktober 2012 (Jumaat).

Lebih kurang macam itulah ayat bila tiba untuk mengumumkan Hari Raya atau Berpuasa. Setiap kali terdengar itulah Cutecarry rasa amat gembira!

Yes.. very excited indeed!

Jika dahulu, masa zaman CuteCarry kecil-kecil, pengumumuman di tV oleh seorang yang berusia, duduk diatas kerusi dengan sedikit hiasan jambangan bunga memang menjadi penantian. Ketika itu, Hari Raya boleh berubah, jika dalam kalendar letak Hari Selasa, kemungkinan hari raya adalah hari Rabu.. bukan seperti sekarang!

I always love Hari Raya,tidak kisahlah apa orang cakap kalau dah tua-tua pun nak suka hari raya buat apa? Hari Raya adalah untuk kanak-kanak sahaja.

No, no and no..

Jangan cakap Hari Raya untuk kanak-kanak, hari raya samada aidilfitri atau aidiladha adalah untuk semua. Jika kata hari raya adalah hari boring, itu adalah anda yang membuatkan ia boring.

Jadual harian Cutecarry amat padat dan ketika hari rayalah boleh nak berehat sehari dua berjumpa dengan rakan atau keluarga. Jika Aidilfitri beberapa hari dan Aidiladha hanya sehari je, yang pasti RAYA tetap RAYA!!!

Pada tahun ini,CuteCarry akan pulang ke kampung di Kuala Kangsar pada  malam Khamis 25 Oktober 2012 dan kembali ke KL pada Hari Sabtu atau Ahad.

Isnin tu dah kena fly…ada job. Kerja tetap kerja.. Raya tetap Raya!!!

Thank you Red Mummy for my Raya Open house photo..with The Wanpa’s!