Jualan Pakaian Dalam Secara Online Melonjak 900 %

Nampaknya peratusan jualan pakaian dalam amat memberansangkan sehingga meningkat 900 peratus dalam masa sebulan dalam tempoh PKP bermula.  Dasyat sungguh wanita Malaysia ni kan?  Duduk di rumah pun masih boleh membeli belah secara online. 

Sehubungan itu, serbuk gelatin dan juga perkakas memasak seperti kuali juga telah mencatatkan lonjakan jualan secara online semenjak PKP dijalankan. 

Kajian telah dijalankan oleh Commerce Asia Group of Companies (Commerce Asia), ekosistem teknologi dan penyelesaian data raya e-dagang, menunjukkan corak pertumbuhan Volum Barangan Kasar (GMV) melonjak sebanyak 149 peratus tahun ke tahun dalam suku pertama 2020 sejak PKP bermula.

Boleh dikatakan ini adalah perubahan kekal behaviour pengguna di Malaysia, dan dijangkakan pengguna akan terus membuat pembelian secara online dan digital, walaupun selepas PKP tamat.

Penularan wabak Covid 19 telah membawa kepada lonjakan perniagaan e-dagang di seluruh dunia, di mana membeli belah secara online kini sudah menjadi ‘kebiasaan baharu’.

Commerce Asia memanfaatkan pangkalan datanya untuk menganalisis trend jualan daripada 30 hari sebelum PKP berbanding 30 hari semasa PKP dalam seluruh rangkaian peniaganya dan menyusun senarai kategori produk e-dagang paling laris dibeli oleh pengguna.

Semestinya jualan barangan penting seperti makanan, peralatan mandian dan produk bayi melonjak seperti yang dijangkakan tetapi apa yang mengejutkan adalah jualan pakaian dalam wanita berada di tangga teratas.

Semua menitikberatkan kesihatan, jadi tidak hairanlah sarung tangan lateks mencatatkan pertumbuhan jualan 888 peratus kerana orang ramai berusaha melindungi diri daripada virus. Jualan peralatan kecergasan rumah juga meningkat sebanyak 200 peratus.  Ini menunjukkan ramai yang menghabiskan masa untuk bersenam semasa PKP.

Oleh itu, logisik memainkan peranan penting dalam menyokong e-dagang dengan memastikan proses penghantaran pesanan barangan yang cekap. Selain itu, perkhidmatan logistik dan pengangkutan juga memastikan kesinambungan bekalan harian sampai kepada pengguna,

Sumber : Metro