LisaSurihani kehilangan RM50K

Macam-macam. Baru je terdengar kisah Alyah ditipu pengurus dan sekarang tiba-tiba terdengar kisah Lisa Surihani yang kehilangan RM50 ribu daripada akaun bank!

Baca kisah ini:-

Kehilangan wang itu disedari ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira jam 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat pengeluaran wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.
Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.
“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – myMetro
Kesian Lisa. Selain daripada kes Lisa ini, CuteCarry bagi beberapa tips untuk mengelak dirompak atau duit dikeluarkan secara tidak sah.
i. Semasa hendak mengeluarkan duit, pastikan orang di belakang tidak ada terlalu dekat dengan anda
ii. Jika rasa seperti orang memerhati anda, cuba elakkan mengeluarkan wang daripada ATM tersebut.
iii. Perhatikan keadaan sekeliling sebelum mengeluarkan wang. better be extra careful than sorry!
iv. Be smart with your password. Pilihlah nombor yang agak unik tetapi senang diingati

v