Bayi berdarah di hospital bukan didera jururawat!
15 March 2013Jauhi orang negatif untuk kurangkan stress:- Petua Menangani Stress oleh Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
18 March 2013Program One Million Purple Walk adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan sempena dengan Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia. Ia dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi VVIP. CuteCarry juga menghadiri event ini, mewakili Association Of Image Consultants International (AICI) Malaysia.
Shades: Gucci, Jacket: Uniqlo, lilac trim T-shirt- Yves St Laurent (YSL) , Pants-Storm Jungle beli di bundle, Purple Shoes-Zara, backpack – CK Calvin Klein dan scarf purple tu ada orang bagi kat CuteCarry waktu di acara tersebut.
Purple bukanlah warna sebenar CuteCarry oleh itu Cutecarry mix and match apa yang ada dalam wardrobe. Tetapi ada sedikit pengecualian disitu, bukan semuanya tone warna purple tidak sesuai. Warna yang sesuai untuk Cutecarry ialah purple lembut, seperti lilac. Jika ada sesuatu majlis yang memerlukan kita memakai sesuatu pakaian, cuba hormati permintaan. So, untuk tidak lari daripada konsep majlis tersebut, CuteCarry cuba masukkan elemen purple yang ada. Walaupun sikit sahaja ungu, masih ada elemen tema dan paling best ramai juga yang suka kasut Zara tu!!
Kenapa purple?
CuteCarry ada baca buku Petua Menangani Stress oleh Dato’ Dr Fadzillah Kamsah tetapi ungu/purple tidak disenaraikan sebagai salah satu warna ketenangan.
Ungu adalah warna kewanitaaan, keibuaan, sikap yang sentiasa kehadapan dan positif disamping kejayaan. Ia juga melambangkan seseorang yang penuh dengan semangat kerohanian. Memang sesuai untuk konsep Hari Wanita. Jika ada yang ingat warna pink warna wanita, erm….itu warna budak perempuan, bukan wanita, yang masih kecil ataupun sudah tua tapi masih hidup dalam dunia budak kecil, think perempuan yang jenis yang cakap “Ohhhh…. Emmmmmm….. Geeeee………” bila terkejut !
Warna ungu juga melambangkan warna yang agak misteri seperti warna hitam. Sesetengah budaya, ungu adalah warna diraja. Berlainan dengan Malaysia, warna diraja ialah warna kuning.
Warna ungu juga boleh memberi kuasa seperti untuk kita lebih berimaginasi dan berfantasi.
Lepas ni kalau nak feeling-feeling berimaginasi segala, sila pakai purple..asal jangan head to toe purple sudah, nanti jadi macam Joker dalam cerita Batman. Hendak berimaginasi nanti semua orang lari!
Purple Walk ini pula memang punyalah ramai orang yang datang,sambutan yang amat menggalakkan. Beratus ribu mungkin orang datang. Ramai yang memakai baju ungu dan juga ada yang hanya memasukkan elemen ungu.
Ramai betul yang hadir!
CuteCarry juga jumpa dengan ramai followers CuteCarry disini. Berdasarkan satu kajian yang pernah dibuat dahulu, kebanyakan followers CuteCarry ialah wanita, umur 21-35 tahun dan seorang yang berkerjaya tetap dan profesional. Terbukti, sebab CuteCarry jumpa ramai mereka disini!!!
Thank you. I luv u.
HENDAK TAHU WARNA ANDA, APA KATA JEMPUT CUTECARRY UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS DI TEMPAT ANDA
CuteCarry menganjurkan kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini.
List kursus anjuran CuteCarry ialah:-
- Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
- Ketrampilan Diri
- Protokol dan Etiket sosial
- Protokol Majlis Rasmi
- Pengendalia majlis dan acara
- Komunikasi
- Pengurusan Pelanggan
- Pengucapan awam
- Pengacaraan (emcee)
- Penulisan Teks
- Persekitaran dan Amalan 5 S
- Motivasi
- Pengurusan Kewangan Peribadi
- Kepimpinan
- Pengurusan dan Kecermelangan Pentadbiran
- Kecemerlangan penyeliaan
- Pemikiran Kreatif
- Law of Attraction (LOA)