Suami Geli Tengok Kepala Isteri Berkelemumur!
31 July 2019KENAPA TAK BOLEH PAKAI SUNGLASSES TIRUAN?
8 August 2019Disebabkan ramai yang berkongsikan kepada saya mengenai sulam bibir yang mereka buat tidak menjadi dan tidak seperti dalam jangkaan. Ini semua adalah kerana obses nak cantik, memiliki bibir merah tanpa memakai sebarang lipstick. Jadi sebelum hal ini menjadi lebih parah, saya tergerak hati untuk berkongsi dengan semua. Bagi yang tak pernah tahu apa itu sulam bibir, ia sebenarnya merupakan satu cara instant yang boleh membuatkan bibir anda merah bak buah delima serta memiliki bentuk bibir yang menggiurkan.
Sulam bibir ini adalah lebih kurang sama seperti membuat tatu pada kulit, dimana ianya menggunakan teknik menyuntik warna tint pada lapisan dalam bibir. Tapi bezanya ianya bersifat semi-permanent iaitu separa kekal. Sulam bibir ini akan buat bibir kekal merah dan cantik selama 4 hingga 5 tahun, bergantung terhadap penjagaan bibir selepas treatment.
Yang sedihnya, mereka membuat treatment tersebut dengan orang yang tidak professional dan tidak bertauliah mengenai teknik sulam bibir. Mereka sanggup berhabis modal yang tinggi untuk membuat sulam bibir tapi sayang, salah pergi tempat dan sekarang mengalami kesan sampingan yang merbahaya.
Saya sungguh ngeri melihat gambar bibir yang dikongsikan oleh follower saya selepas seminggu mereka membuat sulam bibir di salah sebuah pusat kecantikan. Bibirnya pecah-pecah, lapisan atas bibir menjadi nipis dan sensitif.
Malah bibirnya juga mengalami gatal-gatal dan alergik, saya boleh simpulkan bahawa kandungan produk dan peralatan yang digunakan untuk proses sulam bibir itu adalah tidak bersih, tidak terjaga, dan tidak sesuai bahan-bahannya dengan si pemakai. Jadi saya nak nasihatkan wanita di luar sana agar berhati-hati dengan kandungan produk serta kebersihan peralatan yang digunakan oleh pusat kecantikan yang menjadi pilihan anda.
Sebenarnya tanpa memerlukan modal yang tinggi atau apa-apa treatment mahal pun anda boleh memiliki bibir yang merah dan menggiurkan
, anda hanya perlu rajin mengamalkan petua-petua tradisional seperti di bawah! Tiada kesan sampingan kalau amalkan bahan semulajadi, malah lagi terjamin keselamatannya. Selamat mencuba!8 PETUA TRADISIONAL NAK BIBIR MERAH
1. Madu
• Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.
2. Air Mawar
• Setiap kali sebelum tidur malam, usap lembut bibir anda dengan kapas yang dibasahi air mawar untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya.
3. Limau Nipis
• Perah jus limau nipis dengan kuantiti 2 sudu makan. Campurkan perahan jus dengan 2 sudu makan air masak suam dan 2 sudu makan madu,
• Sapu pada bibir,biarkan selama 10-15 minit .
• Bilas bibir dengan air suam.
4. Kunyit
• Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan satu sudu teh susu suam atau susu krim.
• Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit.
5. Halia
• Tumbuk seketul halia hingga hancur.
• Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam.
6. Mentega
• Anda boleh juga sapukan mentega pada bibir setiap malam sebelum masuk tidur.
7. Sireh
• Ambil tiga helai daun sirih. Perahkan airnya yang berwarna merah itu
• Kemudian sapu pada bibir anda sebelum tidur.
8. Ubat Gigi
• Sapukan ubat gigi ke bibir anda selama 3 minit sebelum man