Tips untuk gigi nampak putih bak Fazura si Duta Golgate!

CuteCarry bukanlah mempunyai gigi semulajadi yang putih melepak, itu adalah salah satu kekurangan tetapi ini bukan bermakna yang CuteCarry tidak menjaga gigi dengan baik ye, Cutecarry pastikan mendapat rawatan doktor gigi 3 atau 4 kali setahun dan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gigi pun nampak cerah dan tidak kuning.

 

Fazura telah dilantik sebagai Duta Colgate dan gigi beliau memang putih pun. Tetapi jika sudah menjadi Duta Colgate gigi kenalah super putih kan, so untuk gigi yang putih anda perlu memakai make up atau pakaian yang sesuai dengan tona kulit anda. Jika memakai yang berlainan, seriously kulit nampak kusam dan gigi nampak kuning. Fazura adalah dalam kategori cool colour dan sebab itulah beliau memakai baju yang berwarna merah menyala ini. Make up yang berwarna nude mungkin akan menyebabkan gigi nampak kuning!

Tips untuk mendapat gigi putih yang lebih express ialah dengan bleaching/teeth whitening. Cutecarry dah tanya kat dentist dan harganya adalah lebih kurang RM1k tetapi hasilnya gigi memang putih. Tapi ohhhh… hati-hati sebab kena kurangkan minum teh, kopi atau apa-apa makanan berwarna kerana ia akan menyebabkan gigi kembali kuning! Doktor tu nasihatkan CuteCarry supaya jangan buat kerana gigi CuteCarry dah memang sihat walafiat dan tidaklah berapa kuning sangat!

CuteCarry with Fazura, dia pakai kasut Louboutin. Mampulah beli Louboutin 499 pasang pun. Seriously, CuteCarry rasa Fazura ini memang gila-gila masyuk dan lebatlah dengan product endorsement. Berapa banyak product endorsements dia dah buat, BAYANGKANLAH.  CuteCarry tahu ye (dah ada dalam industri ini!) yang product endorsement ini memang sangat LUMAYAN. Jika  Fazura, CuteCarry yakin bukan setakat puluhan ribuan ye, ia adalah main ratusan ribuan atau jutaan!!! CuteCarry yang tak glamour adalah juga endorse beberapa product sebelum ini pun suka hati sangat, boleh tahanlah juga bayarannya, taklah banyak mana pun, tapi I am so happy!!!

So, sebab tak glamour macam Fazura, CuteCarry terpaksalah cari duit cara lain, so kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling individu dan juga kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini.

List kursus anjuran CuteCarry ialah:-

  • Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
  • Ketrampilan Diri
  • Protokol dan Etiket sosial
  • Protokol Majlis Rasmi
  • Pengendalia majlis dan acara
  • Komunikasi
  • Pengurusan Pelanggan
  • Pengucapan awam
  • Pengacaraan (emcee)
  • Penulisan Teks
  • Persekitaran dan Amalan  5 S
  • Motivasi
  • Pengurusan Kewangan Peribadi
  • Kepimpinan
  • Pengurusan  dan Kecermelangan Pentadbiran
  • Kecemerlangan penyeliaan
  • Pemikiran Kreatif