Trend pengantin dan pengapit melompat untuk sesi fotografi

Kos untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi bukanlah murah; terutamanya jika hendak mendapatkan mutu yang menarik. Jika dahulu di kampung-kampung,siapa yang ada kamera, boleh bayar sikit dan lepas tu boleh tolong snap gambar kahwin. Kini, terlalu ramai ‘jurugambar’, tak kisahlah yang benar-benar tahu apa yang dibuat atau buat-buat tahu.

Jurugambar yang bagus bukan sahaja mahir didalam teknik-teknik tetapi juga etika dan style. CuteCarry bila tengok album perkahwinan dah macam boleh agak samada jurugambar yang dipilih berpengalaman atau tidak. Teknik dan gaya gambar yang diambil mesti ada “classy touch”, teknik dan gaya. jurugambar kena pandai memberi pandandangan gaya yang nampak class.

Tapi kalau ada pengantin  melompat tu class ke?

TIADA GAMBAR PENGANTIN MELOMPAT DIDALAM ENTRY INI. KALAU HENDAK TENGOK,SILA SEARCH SENDIRI. MALU NAK LETAK GAMBAR YANG TAK SESUAI

CuteCarry bukanlah berfikiran sempit atau tidak moden dan tidak boleh menerima gaya baru, tetapi jika melompat perlu kena gayanya.. Baru nampak class, macam gambar September Issue Vogue,cameraman untuk dokumentari penyediaan nashkah paling tebal dalam sejarah majalah Vogue.Beliau dengan perutnya yang buncit melompat bersama model. Ia adakah idea Grace Coddington, stylist Vogue. Didalam dokumentari itu, ada adegan Editor Vogue yang maha hebat; Anna Wintour nasihat cameraman tu supaya pi gym kerana perutnya buncit (laser sangat kan) dan supaya gambar itu di air brushed supaya perut nampak kempis. Grace tidak setuju kerana berpendapat perut buncit membezakan antara model lelaki kurus dan orang biasa.Keputusannya ialah  dibiarkan buncit supaya ‘nampak real’. Akhirnya, gambar ini menjadi sebutan ramai. Tetapi itu majalah VOGUE, photographer paling pro dan model perut kempis . (Rasanya model perempuan tu pakai baju Lanvin). Tapi jika gambar kahwin anda perut bergoncang, sukakah?

1

Gambar pengantin melompat tu bukanlah trend baru. Dah lama dah punnn…. kalau di luar negara. Di Malaysia ni baru beberapa tahun lepas trend tu datang menyerang. Tetapi kannn… jika di luar negara, pengantin pakai baju dress, seksi dan kalau melompat pun nampak ok lah juga. Ia menunjukkan kegembiraan di majlis perkahwinan.

Pengantin di Malaysia yang melompat dengan memakai pakaian tradisional perkahwinan Melayu,yang sepatutnya digayakan dengan penuh sopan santun. Pengantin yang memakai kebaya, baju kurung moden, baju melayu bersongkok bertanjak bagai berserta pengapit yang juga memakai pakaian kategori sama melompat untuk sesi fotografi.  Sesuai kah?

Jika ada kata sesuai, itu pandangan anda tetapi fikirkan faktor-faktor ini:-

i) jika kain terselak, tudung terselak bila melompat adakah ia sesuai untuk konsep menutup aurat?

ii) Ada pengantin dan pengapit yang mempunyai bentuk badan yang mungkin terlebih sana sini terutamanya perut. Bila melompat ternampak perut pun sama-sama “melompat”. Tapi tidak mengapa..mungkin diaorang confident. Teruskan jika confident… sila frame gambar tersebut di ruang tamu dan letak besar-besar di meja office.

iii) Pengantin dan pengapit perempuan jika melompat pastikan anda memakai korset atau bra yang betul-betul fit. Jika melompat dengan berpakaian begitu, berkemungkinan kelihatan apa yang anda ada kurang ‘support’! Memang ada tertengok gambar yang dipost dalam facebook, diaorang pakai kurang baik support-nya. Tak balance pula kedudukannya waktu melompat.

iv) Ia perkahwinan MELAYU. Pakai baju tradisional, kan lebih elok konsep sopan… kalau nak melompat, tukarlah baju ok? Lompatlah sampai boleh masuk kejohanan lompat tinggi Sukan SEA!

v) Jarang (atau mungkin tiada) tengok pengantin India tau Cina pakai sari atau cheongsam melompat. Tapi mungkin tidak berjumpa lagi. Rasanya kalau diaorang hendak melompat pun diaorang tukar baju kut.

Classy-classy-classy.. CLASS. Ia tidak boleh dibeli…

CuteCarry melompat… over kan tapi tidak pakai baju pengantin atau baju melayu.  CuteCarry pegang baju sebab takut terselak, nampak perut. Tak mau tunjuklah, sebab bukannya ada washboard abs pun kan, buat malu tunjuk je. btw.. CuteCarry ada sedikit perut…tengah nak kempiskan. Dah tua kan, perut pun tiba-tiba ‘muncul’.

1

CuteCarry is in Radioactive  ‘Gaga’ shades , Polo tee by Uniqlo, Tall tote sling bag by Dolce & Gabbana, Jeans daripada supermarket di Xian, China (tak ingat label), blue shoes by Top Shop. Wrist watch Gucci.

Hendak tengok lebih banyak gambar CuteCarry melompat dan aksi-aksi gedik (warning-kalau muntah CuteCarry tak jamin), sila follow :-

Instagram: CuteCarry

Youtube: CuteCarry

Keek: CuteCarry

Twitter: HafizCuteCarry