Video dan gambar gangguan penyu oleh pelancong di Pulau Perhentian!

Penyu adalah salah satu simbol kepada negeri Terengganu. Jika zaman kecil-kecil dahulu, CuteCarry selalu mendengar orang berkata mengenai Rantau Abang yang popular dengan penyu, ketika itu jika ke Rantau Abang memang banyak chalet dan ia menjadi tumpuan pelancong. Penyu menjadi sumber pendapatan, kerana pelancong datang untuk melihat penyu di Rantau Abang dan seterusnya meningkatkan sumber ekonomi penduduk tempatan. Tetapi jika kita berjalan di sekitar Rantau Abang, apa kah yang kita dapat lihat? Adakah ia masih menjadi tumpuan pelancong? TIDAK. Penyu tidak lagi datang untuk bertelur. Tiada penyu tiada pelancong, yang ada cuma gambar penyu!

Penyu masih lagi ada di Kuala Terengganu tetapi bukan di Rantau Abang. Penyu masih ada di Pulau Perhentian. Pelancong datang ke Pulau Perhentian untuk melihat penyu dan bukan MEMEGANG penyu. Itulah yang sepatutnya dilakukan. CuteCarry terbaca kisah ini di xtive Utusan click here. Jika penyu ini selalu diganngu, kemungkinan besar penyu tidak akan singgah disini. CuteCarry tidak pasti apakah prosedur cara untuk menguruskan penyu tetapi rasanya memegang seperti itu bukan salah satunya. FORGIVE ME IF IM WRONG!

Gambar daripada laman Xtive. Click here Jika nak lihat video pun sila click sini

Jangan salahkan pelancong-pelancong muda itu, sebab mungkin mereka pun tidak faham berkenaan dengan etika bersama penyu. Jika kita pun mesti excited jika melihat penyu di depan mata, mesti hendak bergambar kan. So, harap jangan salahkan mereka. Tetapi apa yang perlu dilakukan ialah melalui pendidikan. Prosedur yang sedia ada perlu dipromosikan!

CuteCarry di Terengganu bersama dengan satu ikon Terengganu, Keropok lekor!

CuteCarry masih teringat ketika di Pasar Payang di Kuala Terengganu,dialog antara makcik penjual telur penyu dan CuteCarry.

Makcik : Adik, beli telor penyu.

Cc: Saya tidak makan telur penyu makcik.

Makcik: Beli untok mok..

Cc: Saya jaga penyu makcik. Saya menderma untuk menyelamatkan penyu. 

Makcik: Terima kasih lah, nanti banyak telor penyu …

Makcik ini ingat I menderma untuk selamatkan penyu supaya lebih banyak telur penyu untuk dia jual!

Lite-Lite. That’s it!!!