CuteCarry’s Power of Image untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
15 February 2013Koleksi Tudung Modest Culture Inspired by Prof Muhaya yang tutup aurat dan stylo!
21 February 2013Video yang amat menakutkan bila seorang pembantu rumah yang baru sehari bekerja sangat psiko melambung bayi yang baru berusia empat bulan. Perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.
CuteCarry terfikir, jika ada kisah orang Malaysia yang menyeksa maid daripada Indonesia, bermakna akan terdengar kisah kedutaan kita di negara seberang diugut, himpunan didepan kedutaan sambil membakar bendera dan segala bagai slogan anti Malaysia. Tetapi bila bayi yang tidak bersalah itu didera, orang Malaysia tidak cepat melatah. Tahniah diucapkan kerana kita berada di kelas yang tersendiri. Pembantu rumah juga menyeksa majikan. Bukannya jarang kita dengar pembantu rumah melarikan diri dengan mencuri barang majikan hinggakan ada yang kerugian ratusan ribu. Terdengar juga kisah pembantu rumah kencing didalam minuman majikan dan sebagainya. Ohhh… did I tell you the lambung baby and countless of abused cases reported… not really a new issue?
Ingat, bukan semua orang seberang yang berperangai sedemikian. Jangan menyamakan semua orang di sana. Mereka pun tidak suka jika rakyat mereka datang ke Malaysia dan membuat kacau!
Peace!!!!
CuteCarry pun ada seorang maid yang datang untuk membuat kerja-kerja dirumah CuteCarry. CuteCarry bukanlah tinggal bersama keluarga dan kerja rumah dilakukan oleh maid ini. Maid ini yang berasal daripada Jambi telah bekerja dengan CuteCarry bertahun-tahun dan syukur alhamdulillah, tidak pernah pun ada masalah. Beliau amat fokus pada kerja, sembahyang tidak tinggal dan bercita-cita untuk mengumpul duit sebelum balik ke Indonesia. CuteCarry pun selesa berbicara dengan dia..
CuteCarry pun dah ke negara seberang atas urusan kerja dan bercuti, antara tempat yang dilawati ialah Surabaya, Jakarta, Bandung dan terbaru ialah Bali! I luv Bali…
CuteCarry posing di salah satu private villa di Bali. CuteCarry ke sana dengan kawan Cutecarry dan we are having a very private and serene moment. Memang sangat peaceful tanpa ada apa-apa gangguan. Sesuai untuk berehat, berbulan madu dan berlari daripada kesibukan bekerja!