Nasi impit old school, salah kubur dan seluar pendek di hari raya
12 August 2013Apa maksud #OOTD, #SWAG #APTB dan #throwback?
16 August 2013Maaf kerana entry kali ini tiada kena mengena dengan fesyen atau lifestyle. Ia lebih kepada seni serangan dalam lif!
Mengikut sumber didalam facebook, inilah insan yang membelasah isteri tersebut. Tidaklah pasti kesasihannya tetapi telah tersebar inilah dia lelaki itu. Pohon sesiapa yang mengenali lelaki ini sila confirm.
CuteCarry hidup dalam keluarga AMAN DAMAI. Hampir tiada isu pergaduhan ibu bapa atau saudara-saudara terdekat yang bercerai-berai. I am blessed. Syukur alhamdulillah dan sebab itulah terasa sedih dan pelik bila perkara begini berlaku.
Tragedi suami memukul isteri bukanlah perkara baru. Ia berlaku setiap hari cuma TIADA CCTV yang merakam perbuatan tersebut. Isteri didera dan mereka hanya mendiamkan diri atas alasan malu, tiada tempat penggantungan jika lelaki tersebut meninggalkan beliau, terlalu takut, sayang anak-anak dan sebagainya. Akhirnya, isteri hidup dalam ketakutan dan tekanan jiwa. Pengalaman CuteCarry mengenali isteri-isteri yang didera membuatkan CuteCarry kadang-kala tertanya-tanya apakah tindakan terhadap suami tersebut.
Kita boleh bercakap “ala..kenapa tak report” atau “bodoh sangat sebab bersama” tetapi tahukah kita perasaan wanita tersebut? Faktor kewangan, tanggungan dan psikologi menyebabkan mereka rela terus dipukul.
Tetapi, kaum wanita yang didera juga patut sedar bahawa jika mereka tidak bertindak ia memberi contoh buruk pada anak-anak. Mungkin satu hari nanti, anak-anak lelaki akan membesar memukul isteri. Jika itu berlaku, kesalahan diletakkan pada ibu dan bapanya. Oleh itu, GIRLS, jika anda didera, sila bertindak, lakukan sesuatu.
Ingat, jika lelaki dah mula memukul, BELIAU AKAN TERUS MEMUKUL! Pelik bin ajaib ada perempuan yang CuteCarry kenali TERUS BERSAMA DENGAN BOYFRIEND walaupun kena pukul. Bayangkan belum kahwin dah kena pukul, sesudah kahwin mungkinkah perempuan itu dibunuh? TIDAK MUSTAHIL.
Oleh itu, SILA TINGGALKAN LELAKI YANG MEMUKUL ANDA. MUNGKIN DIA AKAN MEMUJUK TETAPI PERCAYALAH, BELIAU AKAN MENGULANGI PERBUATAN DI MASA HADAPAN.
Kerjaya sebagai perunding imej juga membuatkan pelanggan terasa begitu dekat dan berkongsi masalah dengan CuteCarry. Salah seorang perempuan selalu didera oleh suaminya. Beliau disepak, diterajang dan kadang-kadang mendatangkan kecederaan. Tetapi pada suatu hari selepas beliau dipukul, beliau mengambil keputusan melawan dengan menghentak kepala suami tersebut dengan pasu bunga dan kemudian seperti dirasuk memecahkan televisyen dan cermin kereta suaminya. Sejak kejadian itu, suaminya kurang mendera tetapi jika didera, dia akan melawan balik. Konsep wanita tersebut ialah JIKA DIA DIPUKUL, DIA AKAN MEMUKUL LELAKI TERSEBUT KERANA SUAMI JENIS TERSEBUT TIDAK PERLU DIHORMATI.
Tetapi, sehingga sekarang, pasangan tersebut masih bersama tetapi beliau amat cekal dengan konsep ‘kalau kau pukul aku, aku akan pukul kau balik!”
Tergelak juga terdengar kisah lain pula, sewaktu bergaduh dan dipukul suami, perempuan tersebut membaling lesung batu pada suami tersebut! Terkejut suami sebab lesung batu terkena pada tengkuk, nasib baik tak kepala, kalau tak dah arwah dah. Tapi perempuan tu cakap “I dah beberapa kali kena sepak kat kepala, dia setakat kena baling lesung batu tu apalah sangat!”
Ingat semua, SAYANG BIARLAH BERPADA-PADA, SAYANGI DIRI SENDIRI SEBELUM ANDA MENYAYANGI BOYFRIEND ATAU SUAMI. Sayangi juga ibu bapa kerana mereka pun tak mendera anda seperti boyfie atau hubby mendera anda.
So, enjoice the ‘disgusing and draining my mood’ video!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=aGwi8D9ywew[/youtube]