Shopping barangan preloved artis di Glam Bazaar
24 May 2012Official opening of BEN Independent Grocer (B.I.G). MALAYSIA’S FIRST CONCEPT SUPERMARKET
28 May 2012Light, camera, Action!!!!
Nampak muda remaja tak? Electric blue number to “reduce the number”
CuteCarry telah dijemput untuk menyertai satu lagi program TV yang berjudul Ceria Lebaran. Ia adalah program yang dibuat khas untuk kanak-kanak sempena Hari Raya yang akan disiarkan sempena pada bulan Ramadan. Rakaman untuk siaran ini telah dibuat pada hari pekerja baru-baru ini dan beberapa episod telah habis take dalam masa beberapa jam sahaja!! Tukar baju dan make up plus touch beberapa kali juga lah.
Ini bukanlah pertama kali CuteCarry muncul dalam program TV dan tiadalah masalah sangat. Sebelum ini CuteCarry jadi co-host dalam rancangan Fesyenista TV1, tetamu dalam program seperti Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi O dan lain-lain dan banyak memberi pengalaman depan TV. Click for more CuteCarry in Media. Tetapi kali ini amat mencabar sebab perut CuteCarry tidak berapa sihat sangat. Plus, pada malam sebelumnya CuteCarry baru touch down dari China, hanya tidur beberapa jam sahaja. Memang muka sangatlah seperti zombie kampung pisang. Nasib baik make up okay…phewww…
Ceria Lebaran adalah terbitan NHF Production, best kerja dengan mereka!
So, nanti saksikanlah CuteCarry dalam program ini ye. Tak pasti bila disiarkan dan jika ternampak iklannya beritahulah CuteCarry ye. Untuk mendapatkan tip-tips gaya yang mudah dan praktikal, jangan lupa tengok. Atau jika berminat mendapatkan khidmat perundingan imej daripada CuteCarry boleh menghubungi di talian 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click disini.