Fesyen Raya 2011 di Selamat Pagi Malaysia

Raya semakin dekat dan antara yang menjadi persoalan ialah apakah trend raya 2012?

CuteCarry @ the set Selamat Pagi Malaysia.. dengan pengacara SPM dan juga tetamu undangan Von Jolly.

Selama Pagi Malaysia TV1 telah menjemput CuteCarry untuk bercakap mengenai apakah trend fesyen Raya 2011. Setelah mengamati rekaan designer-designer Malaysia yang menjemput CuteCarry ke pertunjukan fesyenRaya ataupun menghantar link website untuk menunjukkan rekaan terbaru mereka, kesimpulannya ialah trend yang menjadi pilihan ialah baju kurung moden loose, warna-warna ceria dan terang dengan perincian manik bold dan menonjol. Disamping itu juga, kaftan labuh atau jubah dengan potongan yang menarik dan seakan-akan dress juga kekal menjadi pilihan seperti di tahun lepas. Lelaki pula pada tahun ini trend baju melayu moden (tanpa pesak).

Banyak lagi CuteCarry cakap tadi, nanti CuteCarry cuba dapatkan CD daripada RTM ye.
Thank you very much Selamat Pagi Malaysia for inviting me. This is my first time di dalam rancangan ini. Click untuk tengok CuteCarry di program TV lain.

CuteCarry bersama dengan make up RTM yang glamour iaitu Zaleza Amat dan tetamu bersama iaitu Von Jolly (berani mati nih, pakai kilt..tetapi tidak mengapa sebab dia keturunan Scottish, so jangalah nak kritik bukan-bukan, itu adalah kilt bukan skirt tapi TETAP KAN)