Gaya rock vs Gaya Dangdut!

Rock dan dangdut adalah dua genre muzik yang berlainan. Bolehlah dianggap kebiasannya seseorang yang menggemari dangdut tidak akan menggemari rock dan begitulah sebaliknya! Tetapi pada malam Program Malam Bersama Bintang yang bertempat di Dataran FINAS, kedua-dua gaya ini berkongsi pentas!

She is my favorite because she likes to try and try (no matter right or wrong) whatever it takes to stay different.

Pelakon Didie Alias yang menurutnya dengan gaya rock campur dangdut! Memang tidak kisahlah orang hendak kata apa, dia tetap dengan gaya tersendiri. Rambut rock, jaket macam rock dangdut, boot macam dua-dua bolehlah..

Pada malam itu, Didie memakai label Ed Hardy. Dia ini memang peminat setia Ed Hardy!! CuteCarry perhatikan, di mana-mana majlis pun dia memakai pakaian jenama Ed Hardy!

Gaya dangdut. Ramlah Ram (bayangkan dia nyanyi lagu Selamat Jalan Romeo, siap gelek lagi!).

Ramlah Ram memakai pakaian yang meriah, merelip-relip memang macam imej dangdut. I love her gladiator heels! Tetapi rantai (can I saya rantai ka?) macam pelik sikit kan? Probably too big for her or something…But her legging makes her look taller. BTW..what do you think about her style tonite?

Memang ramai betul peminat Ramlah Ram. CuteCarry pun tidak mahu terlepas bergambar dengan ikon ini. She is so petite kan?

Ali Terrarossa. Kepada yang pernah hidup zaman 1990an dulu mesti kenal Ali Terrrossa ni kan? Pada malam tu, dia memang nampak santai habis lah,play safe dengan black on top and bottom.

Cuba teka CuteCarry bergambar dengan sapa?