
Apa?? JPA Jemput CuteCarry Buat Seminar!!
7 Jun 2022
Jelajah Colour CuteCarry
15 Jun 2022Purata ketinggian wanita di malaysia adalah sekitar 153.3 cm (5′ 0.4″), untuk kategori tubuh badan asia kita boleh dikatakan agak rendah jika dibandingkan dengan negara lain, tapi itu bukanlah penghalang buat para jelitawan sekalian, untuk tampak lebih yakin dan cantik dikhalayak ramai.
Walaupun anda seorang bertubuh rendah/kecil jangan risau, ada cara dan trick untuk anda kelihatan lebih tinggi. Dah ready semua jelitawan CuteCarry?
Jom kami kongsikan tips untuk anda tampak lebih tinggi, cantik dan bergaya?
1. Pakai Baju Berjalur Menengak
Corak/ Jalur menegak merupakan elemen yang berkesan untuk buat anda nampak tinggi/ kurus. Ini disebabkan ilusi mata pada corak pakaian buatkan anda kelihatan lebih tinggi. Bagi wanita rendah di luar sana, kami sarankan anda memakai baju yang ada jalur menegak
Elakkan pemilihan jalur melintang sebab anda akan nampak lebih “lebar” dan “rendah, ini yang kita tak nak!! disebabkan itulah pemilihan corak/jalur baju sangat mempengaruhi dalam hal ini.

2. Memakai Seluar Skinny Jeans
Kalau anda seorang wanita yang sukakan gaya urban casual, pilihan yang sangat sesuai untuk anda adalah mengenakan seluar “skinny jeans”. Bukan saja menampakkan anda seorang yang ‘style’ dan muda tapi boleh beri effect tinggi yang buat kaki anda kelihatan panjang.
Tips memilih jenis skinny jeans yang sesuai buat anda. Cari yang jenis elastik dan bergetah, skinny jeans yang jenis ini lebih selesa dan fleksibel. Untuk anda yang tak suka nak beli banyak seluar, pilihlah skinny jeans berwarna hitam sangat mudah untuk mix&match dengan pakaian anda yang lain.
Pilihan peribadi admin skinny jeans dari Uniqlo, harga berpatutan setanding dengan kualiti ?

3. Pemakaian Heels/ Tumit Tinggi
Anda ada kasut tumit tinggi? apa tak ada? beli sekarang jelitawan sekalian. Pemakaian kasut tumit tinggi main peranan besar untuk anda.
Selain daripada buat anda nampak tinggi, heels juga berikan kesan ramping pada tubuh badan anda. tapi jika anda seorang yang simple dan tak suka berlebihan anda juga boleh mengenakan kasut atau selipar yang sederhana tinggi kalau anda tidak suka berlebihan.
“Tapi admin, akak tak sukalah pakai kasut tumit tinggi, sakit kaki melecet tak suka-tak suka” ?-kak jenab
Apa akak tak suka pakai kasut tumit tinggi?

4. Pemakaian ‘Height Increase Insole Pad’
Ok fine, akak jenab kita tak suka pakai `heels. Tips tambahan bagi anda yang tak suka pakai kasut tumit tinggi macam akak jenab kita, saya cadangkan anda memakai ‘height increase insole pad’ .
Sesuai untuk anda yang suka pakai sneakers atau kasut bertutup, cara memakainya letak saja dalam kasut anda, boleh pilih mengikut ketinggian anda mahu semudah itu.

Dah baca tips tadi? Apa kata anda cuba selepas ini. Baru ada kelas ? Cewahh
Ingat !! anda tak perlu berhabis duit makan ubat/supplement tinggi untuk terlihat tinggi, apa yang penting anda cuma perlu pandai gayakan diri anda dan tahu cara yang betul.
?CuteCarry