ADA LAGI KE YANG PAKAI SAMFOO?

“Mariam telah mendapat undangan majlis makan malam di sebuah hotel yang bertemakan Chinese New Year.  Mariam berasa runsing sebab tak tahu nak gayakan outfit apa.  Dah la ramai VVIP yang akan datang, tak kan lah nak pakai baju yang biase-biase je”. 

“ Alamak, nak pakai baju apa ni?!  Tak ada idea lah.  Susah pulak tema Chinese New Year, dekat mana nak cari baju tradisi Cina?.” keluh Mariam sambil membuat research.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ramai yang masih tercari-cari baju tradisional kaum cina untuk meraikan tradisi. Jadi disini, CuteCarry kongsikan 4 jenis pakaian tradisional kaum Cina.

JENIS PAKAIAN TRADISI KAUM CINA YANG JARANG DIKETAHUI

  1. Cheongsam
Elegant sungguh Soo Winci menggayakan sleeveless cheongsam!
  • Dipakai dalam Majlis Perkahwinan dan pada Tahun Baru Cina.
  • Cheongsam mempunyai potongan kolar / collar leher yang tinggi.
  • Mempunyai butang di bahagian bahu.
  • Mengikut bentuk badan dan mempunyai belahan di kiri dan kanan kain.
  • Fabrik daripada kain sutera dan satin (kain yang lembut).
  • Masih tak jumpa cheongsam pilihan anda? Boleh cari di Maglifestyle dan Katrina Fashion.

2. Samfoo

  • Sejenis baju dan seluar yang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian.
  • Amat digemari oleh golongan berumur.
  • Diperbuat daripada kain nipis seperti kain sutera yang tidak bercorak atau berbunga halus.
  • Baju yang longgar, terbelah dan berbutang di depan bagi lelaki, manakala berkolar tinggi bagi perempuan.
  • Dipakai bersama seluar yang longgar macam seluar baju melayu.

3. Hanfu

  • ‘hanfu’ ialah sebutan untuk busana tradisional cina. Berasal dari kaum Han.
  • Potongan lengan yang kembang.
  • Reka bentuk hanfu dapat dilihat seakan-akan kimono dan hanbok.

4. Changshan

  • Sejenis pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju panjang.
  • Sama macam cheongsam tetapi changshan dipakai oleh kaum lelaki.
  • Berasal dari Piyin Changshan pada zaman dulu.
  • Dipakai ketika menghadiri majlis rasmi dan beberapa acara formal.
  • Selalu digunakan oleh golongan kelas atasan.

Semoga perkongsian daripada CuteCarry mengenai pakaian tradisional kaum Cina. Untuk dapatkan tips mengenai imej dan penampilan, follow lah Facebook dan Instagram CuteCarry.

Sumber Gambar : Instagram & Pinterest.