Comelnya anak Farid Kamil dan Diana Danielle!
3 July 2013Menjejaki Murtabak famous di bazar ramadan Kuala Kangsar
12 July 2013Black is beautiful atau once you go black you can never go back and this blackie sangat best!
Dim sum charcoal bun di China Treasure Sime Darby Convention centre. Cutecarry memang biasa makan dim sum tetapi ia dalam kategori typical dim sum yang dihidangkan di hotel atau restoran. Ini adalah pertama kali makan dim sum yang berwarna hitam. Rupanya memang agak pelik tetapi rasanya memang best. Inti didalamnya adalah seperti ada rasa telur masin atau butter (Im not sure!!) dan gabungan pelbagai lagi,tapi ia tidaklah terlalu masin atau manis.
chee cheong fun,shrimp and chicken. CuteCarry biasa makan chee cheong fun yang kuahnya pekat sikit tetapi di sini ia agak cair.
Dim sum disini ada pelbagai jenis,daripada kaki ayam sehinggalah kepada pau. Tetapi untuk merasa kelainannya, apa kata cuba dim sum yang anda jarang makan? nama dim sum mungkin tidak begitu familiar bagi mereka yang jarang merasa masakan ini, oleh itu rajinlah bertanya.Nanti teroder benda yang kita allergic ke..
Harga? Sekitar Rm7 hingga berbelas ringgit satu hidangan.
Persekitarannya dan rekaan dalam hotel ini boleh tahan, terletak di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Parking pun tiada masalah walaupun pada hari Ahad.
Waktu sesuai menikmati dim sum ini ketika waktu brunch, santai bersama rakan-rakan. Disini CuteCarry bersama my friend, Datin Azrene dan Teresa. Discuss sambil makan dim sum. Thank you Azrene!!