Sambal tumis ikan bilis terung belanda untuk berbuka

Juadah ini tidak terdapat di Holland, samada di Amsterdam atau Keukenhof atau mana-mana tempat di negara paling rata dan cantik di Eropah tu. ia hanya terdapat di Malaysia.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=eBrmzSuN5nE[/youtube]Hidangan ini CuteCarry beli ketika berada di Pasar Ramadan Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak. Berzaman rasanya tidak makan terung belanda.

Jika CuteCarry katakan namanya terung belanda, ada kawan CuteCarry namakan ia terung pipit atau terung berembang dan berbeza berdasarkan tempat. Jika di kampung CuteCarry, ia dinamakan terung belanda, jika di kawasan sekitar Kelantan, ia dipanggil terung berembang.

Mungkin ada diantara kita yang tidak berkesempatan untuk makan terung belanda. Ia agak susah untuk didapati terutamanya di restoran sekitar KL, antaranya ialah Restoran Rebung di Bangsar. Hidangan terung belanda ini boleh dimakan bersama nasi, sambal ataupun tempoyak.
Makan-makan sambal tumis terung belanda ni, teringat zaman CuteCarry di Holland (makan masakan kampung tetapi teringat Keukenhof -over tak?)

Enjoy my video ketika bershopping sambal tumis terung belanda di Bazar Ramadan Chandan Puteri, Kuala Kangsar.