Hotel klasik Heritage 1926 Penang hanya RM127 semalam!

CuteCarry memang amat meminati dengan hotel-hotel dengan bangunan dan suasana klasik.  Antara hotel klasik yang menjadi pilihan ialah Hotel Heritage 1926 di Pulau Pinang. Kenapakah ia dinamkan dengan tahun 1926? Mudah sahaja jawapannya iaitu bangunan hotel ini dibina pada tahun 1926!

Lokasi
Ia terletak di tengah-tengah bandar Georgetown iaitu Jalan Burma. Oleh itu, ia boleh dikatakan sangat strategik kerana semua berdekatan iaitu daripada 7-11 sehinggalah kepada klinik. Walaubagaimanapun, CuteCarry telah berjalan disekitar hotel ini, gerai makanan hala yang berdekatan hanyalah kedai mamak.

CuteCarry posing didepan lobi Hotel Heritage 1926

Bangunan
Hotel ini mempunyai senibina Anglo-Malay iaitu penuh dan mengikut sejarah ia menempatkan tempat tinggal untuk Pegawai Imigresen zaman kolonial. Bangunan ini memang mengekalkan binaan sejak zaman dahulu jika dilihat daripada keadaan bilik sehinggalah kepada koridor dan lobi.

Terdapat beberapa jenis bilik,antaranya ialah bilik untuk single/double yang terletak ditingkat atas, bilik keluarga yang mempunyai ruang laman peribadi dan juga bilik yang berdekatan dengan kolam renang.

CuteCarry telah menginap dihotel yang berdekatan dengan aras atas dan ianya agak selesa. Keunikannya ialah bilik ini mempunyai tangga untuk ke ruang tidur.

Bilik.

Klasik!
Suasana dan kemudahan
Jika meminati suasana bangunan lama seperti scene filem zaman British ataupun seperti bangunan sekolah lama, ini adalah tempatnya. Walaupun agak ringkas, ia amat selesa. Kemudahan seterika terletak di tingkat bawah.

Jika inginkan kemudahan untuk melancong sekitar Pulau Pinang, anda boleh menempah travel agen yang beroperasi di lobi hotel.

Layanan
Layanan adalah agak baik jika dikira daripada keadaan suasana di front office. CuteCarry kurang berinteraksi dengan pekerja hotel di sepanjang menginal selama dua hari.

WIFI
Agak mengejutkan yang hotel klasi ini mempunyai WIFI yang amat baik! CuteCarry berupaya untuk menyiapkan kerja didalam bilik dalam masa yang amat singkat! Very very good WIFI strength.

MAKANAN
Harga yang berjumlah RM127 adalah tidak termasuk sarapan dan oleh itu tidak dapat untuk komen berkenaan makanan. Walaubagaimanapun, sempat juga melihat harga-harga makanan yang dijual dan ia sangat murah!

Adakah CuteCarry akan kesini lagi?
Sesunggunya kerana CuteCarry amat meminati hotel klasik dan juga kadar hotel yang amat murah