Gambar baju kahwin Dato Vida, pengasas Vida Beauty
10 January 2014H&M Bright Red Roses sweater for only RM49.90!
11 January 2014CuteCarry ke Cameron dalam keadaan yang amat spontan. Kisahnya, semasa dalam perjalanan daripada kampung, Kuala kangsar ke Kuala Lumpur, CuteCarry ternampak sign board Cameron Highlands di Simpang Pulai dan selang 40 minit selepas itu, Cutecarry ternampak orkid liar tumbuh melata..yes.. Im here again, my favourite place on earth!
CuteCarry pun mencari-cari hotel tetapi kebanyakannya nampak terlalu ‘membosankan’. Tetapi selepas makan tengah hari di sekitar Tanah Rata,CuteCarry kembali memandu ke arah Brinchang untuk menginap ‘dimana-mana hotel’ dan ternampak papan tanda Planters Country Hotel.
Lokasi
Jika anda daripada Tanah Rata, hanya sedikit lencongan di sebelah kiri dan naik ke bukit, tersergamlah bangunan kolonial. Im loving it! Jarak ke bandar Tanah Rata atau Brinchan hanyalah beberapa minit dengan memandu kereta.
BANGUNAN
Jika anda berminat untuk bermalam di hotel yang mempunyai kolonial binaan kolonial dan dibina sebelum perang bersuasanakan zaman British dengan kesejukan, mungkin anda boleh berkunjung ke Planters Country Hotel (bab sejuk tu mungkin perlu didebati kerana Cameron Highlands walaupun masih sejuk tetapi bukanlah sesejuk dahulu!).
Planters Country Hotel yang dahulunya dikenali sebagai Balas Chalet adalah antara hotel yang dibina dengan struktur bangunan asal. CuteCarry memang sangat suka dengan hotel yang bukan seperti ‘typical Malaysian hotel’- ada lift, bilik beratus buah, dan Planter Country memang sangat ideal. Jika anda terasa seperti hendak berehat tanpa ada gangguan, tempat ini memang amat sesuai. Bilik agak besar dan selesa. Jika anda mengharapkan suasana hotel moden ini bukanlah tempatnya. Very classic. Jika anda harapkan suasana seperti Renaissance atau Equatorial ini BUKANLAH tempatnya!
SUASANA
Bayangkan filem Harry Potter atau Shakespeare in Love!
Semuanya adalah berdasarkan English colonial with Indian influence. Apakah yang lebih menyenangkan daripada duduk secara tenang sambil minum satu mug hot chocolate sambil membaca Harpers Bazaar didalam suasana yang nyaman, ditaman ala English dengan bunyi-bunyi burung? Suasana memang agak sunyi dan sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan.
HARGA
Harga semalam untuk semalam hanya lah RM140 (bukan peak period) tanpa breakfast. CuteCarry menginap pada hari Jumaat dan check out pada hari sabtu. Murah kan? Bilik untuk family hanya RM300.
LAYANAN
Paling best sesampainya di sini, receptionist daripada Sarawak (I can tell.. dengar dia cakap English pun ada Sarawak punya loghat) bawa Cutecarry untuk tengok bilik untuk dipilih! Woww… so I choose the one on the ground floor with garden! CuteCarry juga cuba untuk berhubung dengan staf-staf disini dan mereka ternyata amat friendly!
WIFI
Signak WIFI TIADA didalam bilik dan jika anda melayari internet menggukan telefon, signal internet agak perlahan disini. WIFI signal boleh didapati dilobi.
The lobby
MAKANAN
Apa yang boleh mengingatkan kita tentang suasana makan English style? Perbezaannya CuteCarry bukan pesan English food tetapi bihun goreng yang sedikit masin (very the tekak Melayu kpg.com kan..) beserta dengan hot chocolate. Can’t remember the total price but I guess it is around RM30++. You should try the steak, it looks delicious.
Sarapan pagi pula, disebabkan ketika itu selera masih lagi hendakkan makanan Melayu, CuteCarry cuba untuk memesan NASI GORENG (suasana English tetapi order nasi goreng Melayu.. very the very kan) tetapi tidak disediakan. Menu sarapan pagi ialah set makanan barat (English or American set) dengan ciri-ciri India. It is a Indian Colonial food! Tidak perlu ke India, cuba ke sini sahaja!
English ambiance restaurant.
Adakah berbaloi untuk CuteCarry berkunjung lagi?
SEMESTINYA. CuteCarry akan kembali ke Planters Country Hotel.
For Reservation, Please Contact :
PLANTERS COUNTRY HOTEL & RESTAURANT SDN BHD
(Formerly known as The Bala’s Holiday Chalet)
Lot 55, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands
Pahang, Malaysia
Tel : 05-4911660 | Fax: 05-4914500
Email : bala.reservations@gmail.com