home image consultant KESALAHAN PILIH BRA YANG PEREMPUAN SELALU BUAT

KESALAHAN PILIH BRA YANG PEREMPUAN SELALU BUAT

Hafiz CuteCarry tidak pakai bra tapi Post ini dibuat dengan research dan perbincangan dengan team CuteCarry. Kami nak tolong perempuan yang blur dengan bra!

 

BRA ADA EXPIRED DATE

Bra yang dipakai dua atau seminggu sekali mempunyai jangka hayat 6-9 bulan.
Jika dah expired, ia akan melentur, dawai terkeluar dan cangkuk longgar. Sebab itulah bila pakai baju nampak tak cantik bila support tak betul. Bila dah expired, buang je.

BRA MURAH SANGAT

Tiada masalah untuk menggunakannya, akan tetapi kualitinya juga tidak tahan lama dan mungkin memberi masalah kepada anda. Masalah biasa yang akan terjadi, besi bra itu akan terkeluar, bengkok dan berkarat. Mungkin juga materialnya diperbuat dari bahan kitar semula.

 

SALAH CARA SIMPAN BRA

Jangan tindih bra dengan pakaian lain. Gantung atau susun secara kemas. Lagi elok kalau ada laci dan kotak khas untuk bra.

 

BRA TAK FITTING

Bra yang terlalu besar atau kecil akan menyebabkan ketidakselesaan. Kalau longgar ia akan menyebabkan breast tiada support dan mungkin akan mengubah bentuk breast. Lama-lama breast akan jatuh.

 

SALAH CARA PAKAI BRA.

Cara memakai bra juga perlu betul.
1. Anda perlu tunduk sambil menekap bra.
2. Pastikan keseluruhan payudara itu cukup terletak di dalam cup.
3. Selebihnya tarik lebihan daging payudara dari belakang badan sehingga cup padat.
4. Kancingkan sehingga selesa, barulah berdiri tegak.
5. Akhir sekali angkat tangan ke atas. Perfect!

———————————-

Untuk jemputan mengendalikan seminar.

‭019 337 6807‬
019 329 0397
‭03 8940 6807‬

Hubungi : training@cutecarry.com  atau cutecarry@yahoo.com

Comments

comments