home image consultant, perunding imej Kelakuan TERBURUK di rumah terbuka hari raya

Kelakuan TERBURUK di rumah terbuka hari raya

Syawal disambut selama sebulan dan telah menjadi tradisi orang Malaysia, rumah terbuka dianjurkan. Konsep Rumah Terbuka bukanlah bermakna terlalu terbuka tetapi lebih kepada “terbuka dijemput’ kerana hanya mereka yang dijemput sahaja akan hadir. Ia bukanlah seperti zaman dahulu di kampung-kampung yang kita boleh hadir rumah orang yang kita kenali untuk berhari raya tanpa dijemput.

CuteCarry dijemput ke berpuluh-puluh rumah terbuka dan memang sedaya upaya untuk memenuhi semua jemputan. Ia dihadiri atas dasar menghormati orang yang menjemput di samping dapat meluaskan “contact” (yeahhhh… I am spreading my business cards!)

Tetapi diperhati masyarakat kita, kadang kala menunjukkan perkara buruk ketika menghadiri rumah terbuka. Ini adalah antara pemerhatian CuteCarry. Tugas CuteCarry sebagai protocol and etiquette consultant telah merumuskan beberapa jenis geng.

1. Geng Tapau/bungkus makanan

Kita telah melihat dalam gambar dalam internet tetamu membungkus makanan untuk dibawa balik ketika rumah terbuka yang dianjurkan oleh agensi-agensi atau organisasi kerajaan dan swasta. Tetapi kita perlu berfikir positif mungkinkah mereka dibenarkan untuk tapau makanan tersebut. Tabiat paling buruk ialah bila KAKITANGAN DALAMAN yang membungkus makanan SEBELUM MAJLIS TAMAT. Perkara ini diakui sendiri oleh rakan CuteCarry yang bekerja sebagai Jawatankuasa Makanan anjuran organisasinya yang terpaksa MEROYAN pada kakitangannya yang membungkus makanan sebelum majlis tamat. Rumah terbuka yang sepatutnya menjadi waktu kegembiraan menjadi “TRAGEDI HARI RAYA”. Geng ini akan sentap menyentap lah pulak yang kena tegur tu. Sesuailah kan kena tegur sebab memang tiada adab. Tunggulah sehingga majlis tamat ataupun hampir tamat kalau hendak bungkus pun. Kita faham mungkin malas nak memasak bila balik rumah nanti, so penyelesaiannya ialah bungkus rendang, mee kari segala dan panaskan sahaja untuk dihidangkan sebagai makan malam untuk keluarga tercinta di rumah. Tetapi, betapa cintanya anda pada keluarga pun,ingatlah makanan tersebut bukan untuk keluarga anda tetapi tetamu yang hadir. Ala.. kalau budget habis lepas raya pun, goreng je telur makan dengan kicap. Sedap gak!

ii. Geng tidak mahu bangun daripada kerusi

Ia selalunya berlaku bila rumah terbuka yang dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu jemputan. Spesis ini selalunya akan mencari meja-meja kosong, letakkan handbag atau apa sahaja barangan (kalau ada ubat darah tinggi pun jadi untuk penanda) untuk rakan-rakan di rumah terbuka. Geng ini mempunyai semangat jati diri/asabiah yang amat kuat dan amat sayangkan rakan-rakan dan TIDAK BOLEH langsung duduk semeja dengan orang lain, hanya dengan rakan-rakan atau orang yang mereka kenali. Oleh itu, bila ada meja/kerusi kosong, mereka akan MENDOMINASI satu meja untuk rakan-rakan. Geng ini bukan hanya mendominasi meja tetapi mereka akan duduk selama berjam yang boleh, berbual-bual, bergelak ketawa di meja tersebut tanpa mengambil kira tetamu lain yang terpaksa berdiri makan ketupat atau mee soto. Apalah salahnya bertimbang rasa sedikit mereka yang tidak mempunyai tempat. Jika sudah kenyang makan, bangun dan berilah peluang kepada mereka untuk duduk. Jika hendak mengambil masa yang lama untuk bercerita berkenaan vitamin shaklee ke, tudung fareeda ke, sapa kalah menang politik atau kes Geng 04,sila bangun dan proceed ke kedai mamak yang terdekat!

iii. Geng SUKA POTONG BARISAN/Q
Geng ini selalunya tidak sabar dan kemungkinan mereka terlalu lapar sebab tidak makan breakfast, lunch, tea tetapi hanya menunggu waktu jamuan puasa untuk makan. CuteCarry encounter dengan spesis ini sewaktu menghadiri satu majlis berbuka puasa seorang VVIP. Ada satu gerai char keuy tiow yang digoreng fresh disitu, so ramailah orang beratur. Tetapi salah seorang ahli geng ini ini tanpa segan silu, muka selamba terus potong barisan dan mengambil char quey tiow. Geramnya, rasa hendak tarik je tudung tingkat-tingkat dia dan gorengkan sekali dengan char keuy tiow tu!

iv. Geng BURUK LANTAK
Geng ini juga muncul di mana-mana jika ada buffet. Mereka akan mengambil banyak makanan dan membawa ke meja mereka, atas alasan malas hendak bangun ambil makanan atau takut makanan tersebut habis. Kelakuan buruk lantak mereka ialah akhirnya makanan yang diambil tersebut TIDAK HABIS. Membazir betul!! Janganlah cuba membawa mereka ke majlis buffet yang classy, tempat yang sesuai untuk menjamu mereka adalah di pasar malam sahaja.

CuteCarry sempat snap barang bukti GENG Buruk Lantak yang berada di atas meja CuteCarry.Geng ini meninggalkan tempat selepas makan nasi beriani!

v. Geng Muka ketat
Geng ini menghadapi masalah jiwa dan tidak akan senyum atau bertegur sapa atau cuba untuk bersalaman (walaupun mereka datang kemudian ke majlis tersebut!) dengan tetamu lain yang duduk sebelah atau satu meja dengan mereka. Walaupun kita cuba senyum, kemungkinan mereka akan ignore. Mungkin mereka merasakan diri terlalu hebat atau terlalu vogue dengan menggayakan baju dibeli waktu SALE Sogo atau baju lelong malam raya yang dibeli Jalan Tunku Abdul Rahman. Tetapi jika kita ingin berfikiran positif, mungkin mereka ni jenis pemalu atau jarang sekali keluar rumah berjumpa masyarakat, sebab tulah mereka amat kekok!

So, itulah dia geng-geng yang memburukkan open house hari raya.My advise, Don’t try to join the cult.

Ini adalah antara gambar CuteCarry menghadiri open house. Enjoice!

CuteCarry bersama anak-anak tuan rumah salah seorang jemputan.

CuteCarry di rumah jemputan rumah terbuka Dato Ali Jawahar, bos untuk Restoran Ali Maju. CuteCarry dah bertahun mengenali beliau dan dapatlah disimpulkan dia daripada dulu sampai sekarang, sangatlah humble dan down to earth walaupun telah mempunyai 21 CAWANGAN di Lembah Kelang.Syabas Dato, keep up the good work and attitude!

Salah seorang yang CuteCarry amat kagumi, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid yang hadir bersama disalah satu jemputan rumah terbuka yang CuteCarry hadiri. CuteCarry selalu juga hadiri majlis dimana Tuanku hadiri dan hampir tiada pengalaman negatif yang dialami. Terlalu berjiwa rakyat, cakap pun bersopan santun ditambah pula dengan muka beliau yang cantik dan tidak jemu mata memandang. She has aged gracefully.

Comments

comments

Leave a Reply