3 BERADIK BERSANDING PAKAI BAJU YANG BERUSIA 44 TAHUN!

Kredit: Vanillakismic.my

Hasrat seorang nenek Azizah Abu yang berusia 86 tahun ingin melihat cucu-cucunya mengenakan baju sanding milik ibu ayah mereka ditunaikan.

Anaknya Sharifah Jamilah Syed Hamzah, dan Zulkefly Omar, telah berkahwin pada 24 November 1985.

Kini usia baju itu sudah 44 tahun. Namun sebelum itu, ibu saudaranya, iaitu kakak kepada ayahnya Norazimah Omar, 69 tahun, terlebih dahulu memakai pakaian tersebut pada 22 Julai 1974 pada perkahwinannya.

Asal baju itu adalah baju kurung dan mereka telah mengalter baju ke tukang jahit dan menjadi baju kebaya menggunakan kain yang sama. Dan kata mereka lagi, ibu dan ayahnya menjaga dengan sangat teliti.

“Nenek kami sekarang berusia 86 tahun, kalau boleh nak tengok cucu-cucunya pakai kembali baju pengantin yang ibu kami pernah pakai dulu.

“Memandangkan baju itu masih elok, jadi bermula di majlis persandingan saya pada tahun 2007, diikuti oleh adik perempuan dan lelaki saya pada tahun 2015 dan terbaru September 2018,” kata Farini yang telah berkahwin dengan Mohd Afandi Anuwar pada 17 Februari 2007.

Manakala adiknya, Norfarahanum Zulkefly, 29 tahun, dan pasangannya Hafizan Sulaiman, 30 tahun, pada 6 November 2015 dan Mohd Farezz Zulkefly, 26 tahun, dan pasangannya Zalika Adnan, 24 tahun, berkahwin pada 8 September 2018 pula.

 

Ceritanya, walaupun telah berusia 44 tahun, tetapi baju kahwin masih dalam keadaan elok kerana dijaga dengan baik oleh ayahnya yang sememangnya yang sangat teliti. Malah pakaian tersebut juga turut dipakai sepupunya.

“Siapa kenal ayah memang tahu dia jenis cermat orangnya. Malah orang sekeliling semua tahu m kami ketika bayi ada tersimpan dengan baik sehingga hari ini,” katanya.

“Kalau ada rezeki kami juga mahu baju kahwin turun temurun ini dipakai oleh adik bongsu kami Nor Fazlyn Zulkefly, 19 tahun (belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM Perak) dan juga anak-anak kami pula,” katanya.

Baju kurung songket lama yang ditenun tangan memang sangat berkualiti dan tahan lasak. Barang-barang sekarang tak tahan lama dan cepat sahaja rosak, tak kiralah kain baju atau perabut mudah reput. Salah satu sebab adalah penggunaan bahan peluntur dan cucian mesin.

Adakah anda masih muat memakai baju kahwin ibu anda? Orang-orang zaman dulu badan slim tau.

————————–

PANDUAN ILMU GAYA DAN IMEJ

Buku Gaya Untuk Berjaya

Home


RM50
Postage : RM7
Jumlah: RM57

‭8600667554‬ CIMB
CUTECARRY
Sertakan:
Nama
Alamat

http://www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry

————————————–

Untuk sebarang pertanyaan & jemputan mengendalikan seminar.

CALL & WHATSAPP:
‭019 337 6807‬
019 329 0397
‭03 8940 6807‬

HUBUNGI:
training@cutecarry.com  atau cutecarry@yahoo.com

ILMU PERCUMA:

Training

Home