BAJU PEPLUM FORMAL KE?
11 October 2018JOM TIRU GAYA “OOTD” DATO SRI SITI NURHALIZA
13 October 2018Apakah perasaan jika anak anda digelar monyet?
Adik Nurul Hafidah 10 tahun yang berasal dari Bachok Kelantan melalui situasi yang menyedihkan. Beliau diahirkan berbulu dimuka dan badan. Dahulu beliau sering diejek kerana dianggap buruk.
Menurut ibunya, Asliza Omar, 36 tahun. Beliau berharap agar orang ramai perlu menjaga hati anaknya itu. Anaknya tidak mengalami penyakit kulit pun, hanya kerana hormon yang dimiliki yang menjadikannya berbulu.
Ada banyak kes diseluruh dunia melibatkan sindrom ini. Xiaoling berasal dari Kota Guilin di wilayah Guangzoa Cina selatan. Dia lahir dengan penyakit yang disebut sebagai hipertrikosis atau sindrom Ambras. Keadaan ini menyebabkan tubuhnya dipenuhi sejumlah rambut secara berlebihan, termasuk wajah, sejak lahir.
Kredit Gambar: Astro Awani
Penyakit ini dipanggil Hipertrikosis iaitu Manusia berbulu/ manusia serigala. Meskipun tidak ada ubat memulihkannya, rambut-rambut itu dapat dihilangkan melalui pemutihan, memotong, mencukur, mencabut, waxing, pencukuran bulu elektro, dan laser adalah rawatan yang lebih efektif.
Kini Hafidah sudah dewasa dan matang. Jika ada rakan-rakan sekolah yang mengejeknya dia cuba pertahankannya.
Dia selalu mengatakan dirinya cantik dan unik! Itulah yang membuatkan Hafidah kuat dan terus berkeyakinan walau kemana sahaja.
Hafidah sangat rajin disekolah, aktif dalam larian dan tarian. Tiada perkara yang boleh membataskan apa yang beliau suka dan bahagiakan. Walaupun dari luarannya dia begitu, tetapi hatinya baik sekali. Dia sangat ringan tulang dan suka membuat kerja rumah.
Jangan kita sesekali memandang rendah manusia lain ya. Jaga ekor mata kita bila melihat sesuatu yang pelik atau ganjil. soo caranya untuk kontrol diri, berdiamlah. Nanti jadi kat anak atau keturunan sendiri baru tau!
Kredit Gambar: Astro Awani
—————————————-
Untuk jemputan mengendalikan seminar.
019 337 6807
019 329 0397
03 8940 6807
Hubungi : training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com