
FESYEN PALAZZO FORMAL KE?
9 October 2018
ORANG KUAT MOODY SILA LETAK JAWATAN ATAU PENCEN AWAL
10 October 2018
Persengketaan Aishah dan Dato’ Seri Vida amat menarik perhatian. Kedua-duanya bukan calang-calang orang. Aishah lulusan Universiti New Zealand manakala Dato Vida Universiti Sains Malaysia (USM).
Dato’ Seri Vida (DSV) amat handal dalam perniagaan dan Aishah penyanyi bertaraf antarabangsa malah lagunya pernah memasuki carta Billboard.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya.
Bukan biasa-biasa Aishah ni. Katanya ramai juga penyanyi yang pernah terkena seperti Aishah tapi mereka berdiam diri.
Tapi bila kena pada Aishah, dia takkan main-main. Orang terpelajar lain caranya.
Ada yang kata Aishah tamak tetapi bagi saya itu hak dia. Apa perasaan anda jika dah dijanjikan bonus setelah kerja mencapai target tapi bila capai bos tak bagi. Marah kan?
Mula-mula Aishah minta DSV minta maaf tapi kini DSV pula minta Aishah pohon maaf!
Teringat pula lagu Kemaafan Dendam yang Terindah nyanyian Aishah. Best lirik lagu tu…
——————————————
Untuk jemputan mengendalikan seminar.
019 337 6807
019 329 0397
03 8940 6807
Hubungi : training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com