SUKA DUKA COLONEL PEMILIK KFC

Kredit: iluminasi.com

Kalau kita melihat iklan ayam goreng, pasti teringatkan ayam goreng KFC yang rangup dan sangat beraroma. Sangat menyelerakan!

Tiada istilah terlambat walaupun sudah sangat tua untuk berjaya.

Kisah inspirasi jatuh bangunnya lelaki tua ini membantu ramai golongan muda masa kini, terus berusaha untuk berjaya dalam perniagaan. Malulah, orang tua boleh berjaya, kita muda-muda mesti boleh!

-Bermula dengan kehidupan yang sangat sedih.

Pemilik KFC Harland David Sanders atau dikenali sebagai Kolonel mempunyai kehidupan yang susah pada usia beliau enam tahun selepas ayahnya meninggal dunia. Oleh itu, ibunya terpaksa melakukan pelbagai kerja dan colonel terpaksa menjaga adik-adiknya dari menyiapkan, memasak dan mengemas rumah.

Dari pengalaman itulah, beliau mempunyai skill memasak yang telah diasah.

Beliau telah mula bekerja pada usia 10 tahun. Untuk memastikan cukup barangan rumah, colonel memulakan pekerjaan pertamanaya sebagai pembantu peladang dengan gaji 2 dollar.

Yang menariknya colonel pernah memalsukan identitinya pada usia 16 tahun untuk memasuki tentera selama 3 bulan di Cuba dan perkhidmatannya diberhentikan. Kemudian beliau memulkan hidup di Alabama dan mencuba nasib menjadi peguam, sebelum bertumbuk dengan anak guamnya sendiri dimahkamah. Dia juga pernah menjadi bidan kelahiran kerana waktu itu orang ramai tidak mampu untuk mengupah doktor.

-Tidak istilah pernah putus-asa.

Pada tahun 1930, pada usia beliau 40 tahun dan menuju kepada kestabilan ekonomi dan lebih matang. Colonel telah diberi peluang mendapat kontrak dengan syarikat Shell untuk menguruskan pam minyak tersebut dan diberi peluang menetap bersama keluarganya disitu. Dan kemudian, beliau diberi masalah lain dengan persaingan dari kewujudan pam minyak yang dikendalikan oleh syarikat lain disitu.
Paling tragis bila pesaingnya melakukan tembakan berbalascbalas bersama colonel, tetapi tiada dakwaan boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau tidak memulakannya, mujurlah selamat.

Dan selepas kemalangan itu, semakin hari semakin ramai pelanggan yang mengisi minyak dan semakin ramai yang mencari makanan kerana kekurangan tempat makan.

-Kesungguhan dibayar dengan peluang.

Colonel mengambil peluang menyediakan perkhidmatan makanan kepada pelanggan seperti ham, steak, telur, biskut dan yang paling terkanal adalah ayam goreng. Setelah melihat kejayaan itu, beliau telah membeli sebuah motel yang berdekatan dan menguba suai menjadikan sebuah restoren yang boleh dimuayltkan sebanyak 142 orang tetamu pada satu-satu masa dengan nama “Sanders Court & Cafe”.

-Masalah yang yang berulang-ulang dan mematangkan.

Masih ada masalah dalam perniagaannya kerana pelanggan oerlu menunggu pada tempohbyang lama proses menggoreng ayam, dan beliau mencari solusi dengan membeli periuk tekanan untuk proses yang lebih singkat!

Pada tahun 1935, Gabenor kentucky Ruby Laffoon mengabugerahkan angkat Colonel kepada beliau. Apabila mula dikenali sebagai colonel pada usia 62 tahun, nasib tidak menyebelahinya pada awal 1950 apabila lebuhraya baru sahaja dibina dan pelanggan tidak dapat melalui kedainya itu.

-Langkah besar dengan berfikir diluar kotak.

Dan dari situlah beliau berfikir jauh untuk menjual resepi ayam gorengnya kepada mereka yang berminat. Dan syatikat pertama yang menjadikan francais adalah Hotel Do Drop Inn di Salt Lake City Utah yang menjadi tapak pertaman Kentucky Fried Chicken. Pada tahun 1952, colonel menjual 200 francaisnya diseluruh Kanada dan Amerika.

Pada tahun 1964, Colonel menjual syarikat francaisnya dengan nilai 2 juta dan hanya meneruskan tugasnya menjadi duta KFC sehingga hujung hayatnya.

Colonel Sanders menghidap penyakit leukimia pada 1980 dan menghembuskan nafas terkahirny Pada umur 90 tahun.

Sehingga tahun 2014, sebanyak 18,875 restoren KFC telah dibuka diseluruh dunia.

Biodata Colonel pemilik KFC
Nama : Harland David Sanders
Lahir : Indiana, Amerika, 9 September 1890
Wafat : Kentucky, Amerika, 16 Desember 1980
Orang Tua : Wilbur David Sanders (ayah), Margaret Ann Sanders (ibu)
Isteri : Josephine King, Claudia Price
Anak : Mildred Sanders Ruggles, Harland Sanders, Jr., Margaret Sanders
Dikenal : Pemilik KFC (Kentucky Fried Chicken)

————————–

PANDUAN ILMU GAYA DAN IMEJ

Buku Gaya Untuk Berjaya

Home


RM50
Postage : RM7
Jumlah: RM57

‭8600667554‬ CIMB
CUTECARRY
Sertakan:
Nama
Alamat

http://www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry

————————————–

Untuk sebarang pertanyaan & jemputan mengendalikan seminar.

CALL & WHATSAPP:
‭019 337 6807‬
019 329 0397
‭03 8940 6807‬

HUBUNGI:
training@cutecarry.com  atau cutecarry@yahoo.com

ILMU PERCUMA:

Training

Home