Suri & Lana “Breakfast at Tiffany”
15 April 2012I can see Katie Holmes or Lisa Surihani toting this:- Burberry Diaper bag
21 April 2012CuteCarry baru sahaja menghantar text mengucapkan tahniah kepada Natasha Hudson diatas pernikahannya. Natasha adalah antara selebriti awal yang CuteCarry kenal semenjak terlibat dalam dunia blogging. Its been like a few years back and she is still like so humble now like the very first time I met her.
Cantik Tasha kan? Baju nikah tu dah macam baju bersanding. With flora details and the most vital factor is it is syariah compliance. Tasha sekarang dah pakai tudung full time dan majlis pernikahan ini diadakan di dalam masjid. Nanti tudung ala-ala nampak jambul dah jadi kontroversi. Tetapi kan, jika nampak pengantin yang masuk tidak menutup aurat sepenuhnya, dipohon pihak masjid menghalang pengantin tersebut masuk masjid. Bukan hanya dapat menjaga kesucian masjid tetapi mengelakkan pengantin tersebut dihentam oleh pihak yang kurang senang dengan pemakaian sedemikian. Ingat kan artis yang baru-baru ini dihentam kerana nikah dalam masjid tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya.
Natasha telah selamat diijabkabul dengan maskahwin sebanyak RM80 bersama Carleed Khaza, 33, atau nama sebenarnya, Khalid Kamal.
Majlis yang berlangsung sederhana ini diadakan di Masjid Wilayah dan pihak lelaki menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang hantaran dari pihak perempuan.Natasha menerima lima dulang hantaran seperti sirih junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.
Sebagai menghormati Tasha yang dah pakai tudung, Cutecarry tidak akan siarkan lagi gambar-gambar dia yang free hair dan seksi. Yang lepas lepas lah….
Kredit: Mstar and Rotikaya for the baju nikah.