Jeans 90-an Kembali Lagi

Zaman glamour 90-an merupakan revolusi fesyen yang telah memberi impak besar kepada si pemakai yang ingin tampil “chic” dan ranggi. Siapa peminat barisan pelakon Friends dan kumpulan penyanyi KRU mesti pernah memiliki koleksi jeans seperti mereka, kan?

Perasan tak fesyen jeans yang telah digayakan ketika itu adalah kick-flare jeans, kembang di bawah potongannya, dan potongan jeans adalah sedikit loose. Denim zaman 90-an kini kembali memeriahkan fesyen zaman millennium ini.  Jom CuteCarry dedahkan tips bagaimana nak gayakan jeans 90-an ni okay!

  1. Pakai baju atau seluar fitted
  • Jika menggayakan flared jeans, pastikan top yang digunakan adalah mengikut potongan badan kerana ia akan menimbulkan ilusi penampilan yang seimbang. 
  • Elak pakai seluar jeans yang tak ngam dengan bentuk badan , ia akan buat anda nampak lagi besar.

2. Jika anda memiliki kaki pendek, elak tuck in baju

  • Lepaskan baju keluar seluar jika anda memiliki kaki yang pendek.
  • Jika anda tuck in baju ke dalam seluar, anda akan nampak lagi pendek tau!
  • Nak tahu anda adalah kaki pendek ataupun panjang, jom jumpa CuteCarry, kami akan ukur anda!

3. Pakai heels dan bukan platform

  • Ketika menggayakan jeans, pakailah heels untuk menimbulkan unsur seksi dan WOW dalam penampilan anda.
  • Heels akan buat anda nampak lagi tinggi dan vogue.

4. Pakai dengan sweater

  • Nak lain daripada yang lain, jeans boleh digayakan dengan crop top dan juga sweater kegemaran anda. Penampilan nampak lebih kasual.

5. Pakai dengan denim jacket

  • Nak tampil lagi ranggi, cuba gayakan dengan denim jacket.  Penampilan ini amat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak di luar.

6. Elak daripada menggulung hujung kaki ke paras buku lali

  • Anda akan nampak murah jika menggulung hujung kaki jeans ke paras buku lali, biarkan sahaja atau hantar alteration mengikut keselesaan.

Nak tahu banyak lagi tips mengenai penampilan dan fesyen? Jom join Exclusive CuteCarry Closed Group! Tekan link di bawah sekarang!

https://training.cutecarry.com/product/exclusivecutecarry/

atau boleh terus hubungi kami :

http://www.wasap.my/60193376807/eksklusifcutecarry