Kursus Penulisan Minit Mesyuarat dan Memo bertujuan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran praktikal dalam menyusun minit mesyuarat dan memo secara sistematik dan berkesan. Peserta akan mempelajari kaedah penyusunan minit mesyuarat yang merangkumi aspek penting seperti pengenalan peserta, agenda, keputusan, dan tindakan yang diambil.

Kursus ini juga memberikan penekanan kepada teknik penulisan memo yang jelas dan padat, termasuk struktur mesej, penyusunan ayat yang efektif, dan penggunaan bahasa formal yang sesuai. Melalui latihan praktikal dan analisis contoh sebenar, peserta akan dapat mengaplikasikan kemahiran penulisan ini dalam konteks kerjaya mereka. Sesuai untuk profesional yang terlibat dalam penyusunan dokumen formal dalam pejabat.

Penceramah dan fasilitator berpengalaman didalam bidang kerajaan dan mempunyai persijilan profesional.