Anugerah Bintang Popular 09: Most GLAMOROUS Awards (Best Dressed ABP 09)

Anugerah Bintang Popular 09 juga menyaksikan bukan hanya artis yang popular mendapat hadiah tetapi juga artis yang berpakaian paling glamour!
Bagi kategori lelaki ia telah dimenangi oleh Gambit. Beliau memakai pakaian yang ditaja oleh Lords Tailor. Bila ditanya apakah yang menyebabkan dia menang, dia dengan selambanya menjawab “mungkin sebab ni adalah baju Lord Tailor dan malam ni kat Genting banyak kabus”!

Sebelum ada yang menulis Lisa Surihani memang tak pandai bergaya tapi to all yang mengata tu.. EAT YOUR HEART OUT” sebab pada malam Anugerah Bintang Popular 09 Lisa telah memenangi pakaian paling glamour dan terbaik. Dress ni amat simple tetapi ditambah dengan perincian yang amat menarik rekaan daripada pereka Anizam Yusof.

Pada pendapat saya, antara sebab utama kenapa ini adalah pakaian terbaik ialah ia menepati tema Cetusan Warna (tak perlu caca marba semua warna masuk dalam satu baju!), potongan yang menarik, fabrik yang melekat di atas badan dan sesuai dengan bentuk badan Lisa yang langsing (yang ada spare tyre tu mungkin tak sesuai memakai fabrik jenis ni) dan pemakainya memang nampak selesa memakainya!

TAHNIAH…

p/s: I am planning to wear Anizam Yusof. Can’t wait.