Foodagasm: Mee Abu dan Laksa Ikan Sekoq di Alor Setar
15 June 2012Lebaran Fashion Vanguard 2012: Fizi Woo
17 June 2012Tema Fashion Show ButtonMyButtons ialah Vintage Tea Party dan All white. Putih bukanlah warna CuteCarry dan CuteCarry pun memilih untuk menggabungkan warna putih dan juga hitam. Tidak tahulah apa gaya dan konsep CuteCarry pada petang tu sebab hanya pakai ambil sahaja apa dalam almari..vintage?K-pop? Chic? K-pok?J-pop? Pop Rock? Balada? IramaMalaysia? apa sahaja la yang hendak dikata tetapi yang penting CuteCarry agak mengikut tema pada petang itu. Disebabkan oleh tema putih, ada diantara tetamu yang hadir macam nak pergi umrah pulak. oppsss….
Atilia antara tetamu yang hadir. Bukan…ini bukan pakaian umrah yang dimaksudkan.
CuteCarry bersama dengan Atilia.Comel dan sweet betul Atilia ni kan?
CuteCarry dengan Memey yang memakai ButtonmyButtons Spring Summer 2012.
CuteCarry bersama Marsha dan Tania Hudson in ButtonmyButtons Spring Summer 2012.
Memey, Marsha dan Tasha adalah antara artis yang bercatwalk pada petang itu. Pada bahagian pertama show tersebut artis-artis menggayakan pakaian SpringSummer Raya 2012 Collections.
Koleksi pada kali ini sangat girlish,seperti menonton satu pertunjukan “-girlie show yang penuh feminin” faham tak? . Hampir setiap rekaan juga ada signature buttonmybuttons iaitu bow. Kurung moden dengan sedikit perincian dan juga gabungan beberapa print dalam satu rekaan. Rekaan yang moden.
Show kali ini agak meriah dengan lagu-lagu klasik dan goodie bag pun boleh tahan macam-macam ada. Cuma pengacara nya “speaking English”, lepas tu waktu nyanyian penyanyi cakap melayu perkenalkan diri dan lagu, nyanyi lagu-lagu Melayu dan penonton rasanya hampir 98% Melayu. Cakap Melayu teruslah kan senang!
Nabila Huda yang memang vogue dan happening. Tetapi pada last runway dia terjatuh pulak. Nasib baik tak nampak sebab dah dekat belakang stage! Nabila bagitahu CuteCarry yang kat belakang tu macam bahaya sikit.
Yasmin Hani
Memey
Marsha
Lufya
Wan Sharmila
Atie
Adeline Tsen yang semakin kurus. Slim betul sekarang..
ButtonMybuttons juga membuat penampilan pertama Wedding Collections
Shahida Shariff,designer and owner ButtonmyButtons.