Baju Raya Radzuan Radziwill dengan harga berpatutan

Jika menyebut nama Radzuan Radziwill mesti tergambar harga pakaiannya yang kadang-kadang terkejut kita mendengarnya. Tetapi, pada tahun ini anda akan dapat merasa memakai pakaian rekaan Dato’ Radzuan dengan harga serendah RM299 untuk baju kurung pesak berpoket, baju kurung riau, baju kedah, baju kebaya dan RM199 untuk baju Melayu?

Excited? Sila click video ini. CuteCarry bersama Dato Radzuan.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=BOLb-Ix0mW4[/youtube]

 

Paling best bila dia cakap..’jual nasi lemak’..LOL.

Koleksi kali ini berlainan daripada koleksi moden oleh pereka-pereka lain. Rekaan beliau tradisional, no peplum, no ketat-ketat…so kalau anda berisi pun sesuai memakai Busana Tradisi by Radzuan Radziwill.

Mari kita lihat baju Busana Tradisi Radzuan Radziwill

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=pZg1Loouwd8[/youtube]

Comel tak Kak Fauziah Latiff catwalk dalam Busana Tradisi by Radzuan Radziwill?

CuteCarry bersama dengan Fauziah Latiff yang terbukti tak makan tua!!! Maintain je daripada dulu sampai sekarang. Apakah rahsia Kak Gee CuteCarry di Busana Tradisi by Radzuan Radziwill.

 

Disebab Kak Gee nampak muda, mamat diatas juga tidak mahu mengaku kalah untuk berangan nampak muda. CuteCarry in Dolce and Gabbana tee dengan Seed cardigan jadikan ala-ala cape! (inspirasi daripada Gwyneth Paltrow in Tom Ford waktu Oscar …sungguh besar imaginasi CuteCarry kan..ada hati nih nak berangan dressing waktu Oscar!)

Busana Tradisi boleh didapati di AEON antaranya ialah seperti Seberang Prai,Kinta City, Taman Equine, Cheras Selatan, Taman Maluri, Setiawangsa, Wangsa Maju, Rawang, Bandar Utama,Mid Valley,Bukit Tinggi,Bandar Baru Klang, Seremban 2, Bandaraya Melaka, Tebrau City bermula pada 1 July 2013.

What are you waiting for?

Yes..you are most welcome!!