Fesyen Raya 2012 : Mizz Nina memakai baju kurung Raya 2012 WANPA

Wanpa adalah designer Malaysia yang terkenal dengan rekaan moden dan draping. Tetapi untuk koleksi Raya kali ini, baju raya Wanpa masih moden tetapi memfokuskan kepada print!

Mizz Nina in Baju Kurung Wanpa. Sweet, print, fierce, tribal, modern, retro, classic.. its a mix of everthing. Berminat mendapatkan baju kurung Wanpa untuk hari raya ini, call 0196690717 ataupun click here

CuteCarry in Wanpa. Bukan baju raya ye..kalau pakai ini di pagi raya, nanti kena baling dengan rendang dan nasi impit. Terus jadi drama di pagi raya!

CuteCarry tahu ramai yang sedang mencari idea apa yang ingin dipakai untukhari raya ini. Sejak akhir-akhir ini, CuteCarry asyik post entry berkenaan dengan fesyen Raya 2012 tetapi sebenarnya Raya tahun ini tiada gaya yang benar-benar strong. Jika  tahun-tahun lepas kita asyik melihat jubah dengan pelbagai gaya dan potongan, pada tahun ini rasanya fesyen raya kembali kepada classic baju kurung, cutting lebih selesa seperti baju kurung moden longgar tetapi tetap mengekalkan cutting simple tetapi nice. Probably.. mungkin itulah kunci gaya Raya 2012.  Kena tengok dulu apa designer-designer lain punya koleksi.

Ramai lagi designers yang belum mempersembahkan rekaan raya. CuteCarry dah terima banyak undangan tetapi rasanya CuteCarry tidak mampu menghadiri semua undangan.

Cakap pasal baju Raya, CuteCarry pun tiada baju raya lagi!!!

BUMMER..