[Fesyen red carpet Anugerah Bintang Popular 2010] Shaheizy Sam family are forever!

Semacho mana pun Shaheizy Sam, tetapi bila tiba bab keluarga, they come first!

CuteCarry bersama Shaheizy Sam yang nampak sangat-sangat berseri-seri setelah memenangi Anugerah Bintang Popular 2010. Syabas! BTW.. effortless sangat gaya dia kan? teringat pada gaya Johnny Depp kan? Tetapi dia tidaklah eccentric seperti Mr Depp (grandpa suit with necklace and such!)

Maaf kerana mutu gambar yang tidak memuaskan!

Kejayaan beliau adalah kerana when it comes to family, they come first. Belum ada dalam sejarah Anugerah Bintang Popular (setahu CuteCarry), pemenang membawa ibu naik ke atas pentas.

A proud mom indeed. CuteCarry telah berbual dengan Kathy Fudziah dan dia betul-betul berbangga dengan pencapaian anaknya. Well..itulah penting restu keluarga kan!

CuteCarry juga amat-amat gembira kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong kerjaya CuteCarry.. well..sometimes I feel like want to shout at them (seriously!) but helloo..they are my family; so if the life is too perfect, it will be like another Disney series kan? So, accept our family, they are not perfect but we need them sooner or later, believe me!

CuteCarry selalu juga berjumpa dengan keluarga mereka ini dan memang tidak sombong langsung…baik Zizie, Sam sehinggalah kepada mamanya! Great upbringing noted here!

Bercakap berkenaan dengan keluarga Shaheizy Sam, CuteCarry sempat berbual dengan kakaknya iaitu Zizie Ezette.Sudah lama juga tidak berjumpa dengannya, rasanya semenjak dia berkahwin dulu. Nampak je CuteCarry, dia terus cakap..Carry!!! Ok.. memang nama blog I lebih glamour daripada nama I sendiri kan…

STILL GORGEOUS as ever. Killer red lips. Majoriti celebriti pada malam itu memakai lipstick merah menyala!!


Zizie memakai pakaian daripada Michael Ong (katanya seperti biasa, always Michael Ong!).Pendapat CuteCarry ia adalah antara pakaian terbaik pada malam Anugerah Bintang Popular 2010. Warnanya yang amat bersesuain dengan tona kulit Zizie dan cutting dressnya compliment bentuk badan Zetty yang hour glass tu! Tidak perlu untuk nampak kurus kerana badan yang begini memang sesuai untuk memakai dress sebegini. Apakah elemen utama yang menjadikan dress ini begitu menarik? Semestinya BELT… terserlah bentuk badan Zizie.