Giliran Ezuwan Ismail pula untuk mempersembahkan koleksi Ready To Wear yang boleh dibeli secara besar-besaran di mana-mana butik Ratu.Koleksi ini telah dilancarkan juga secara besar-besaran di majlis makan malam Hotel Royale Chulan. CuteCarry adalah antara orang yang ‘lain’ sikit dress code pada malam tu. Semasa menerima jemputan melalui email, Cutecarry ingatkan majlis fashion show yang biasa dihadiri tetapi setelah masuk ke dewan… zasss…kebanyakan orang memakai pakaian rasmi makala CuteCarry dengan Calvin Klein skinny jeans, tank top and leather jacket. Nasib baik tidaklah terlalu obvious sangat.
Koleksi Ratu by Ezuwan Ismail ini adalag koleksi mampu milik yang berharga bermula RM300 sehingga RM350. Ia dirasmikan oleh Ratu Filem Melayu zaman dulu-dulu iaitu seniawati Sarimah. CuteCarry dapat jangkakan ia akan mendapat sambutan kerana ini adalah antara peluang untuk peminat fesyen mendapatkan sentuhan designer dengan harga yang amat-amat berpatutan! Ratu by Ezuwan Ismail adalah berkonsepkan muslimah moden, chic dan glamour. Show dimulakan dengan jubah hitam dan colourful tudung dan kemudian diikuti oleh warna-warna, daripada mono kepada colour blocking. Ramai artis yang menjadi catwalk model pada malam tu tetapi paling mendapat perhatian ramai ialah Leuniey, tunang si Khairul Fahmi Apek.
Petite nya si Leuniey ni. Comey lotey betul! CuteCarry tanyalah apakah konsep baju perkahwinan dia nanti yang akan dibuat oleh Ezuwan Ismail tetapi dia kata masih belum ditentukan dan masih didalam perbincangan . Belum tentu ke nak rahsia? Tetapi tidak mengapa, nanti kita tengok baju kahwian dia!
CuteCarry dengan Apek.
Tasha Shila memakai pakaian yang berharga RM350. Semakin lama semakin cantik Tasha kan.. dulu mula-mula jumpa cantik juga tetapi sekarang zassss…. CuteCarry mula kenal Tasha sejak ABP pada dua tiga tahun lepas.
Marsha wearing Ratu by Ezuwan Ismail dengan pout attitude aka signature pose CuteCarry pada suatu masa dahulu!
Julia Ziegler wearing Ratu. Dia kata penat sangat sebab sejak kurang tidur.. semalam ASK punya penat pun tak habis lagi.
Anzalna. Vogue!
CuteCarry dan Ezuwan Ismail. Tahniah babe… jika berminat hendak membeli koleksi ini, sila ke butik Ratu atau LIKE facebook Galeri Ratu untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply