Rekaan Rizalman diciplak lagi?

Nampaknya Rizalman dah dapat tangkap LIVE tentang bajunya yang diciplak.
Ini adalah petikan daripada blog “Rizalman Ibrahim
Semalam saya ke majlis harijadi Farah Fauzana yang ke 30!. (sebenarnya saya cukup malas untuk keluar malam hari,apatah lagi kalau sudah selesa bergelumang di atas katil). Majlis diserikan dengan kehadiran kanak2 dari sekolah tahfiz Al Quran.. serta sembahyang berjemaah dan doa buat si Farahnya. Saya puji beliau, sebab itu juga saya agak rapat dengan beliau. Beliau antara artis yang punya karisma tersendiri. Dan juga ibubapanya juga mendidik beliau dengan baik, saya kira. Satu tindakan yang amat baik untuk meraikan hari ulangtahunnya. Namun saya agak tersentak apabila beliau muncul untuk menyambut kami.. “bila pulak aku buat baju kat Farah colour ni?” Farah mengenakan busana ‘ala’ Rizalman malam itu..’ala baju untuk Puteh’. Siap beadingnye pun sama pattern. Cepatnya,dorang ni meniru. “bukanke aku dah pesan ke kat dalam blog hari tu?”. “cantik baju!…sape buat Farah?”
“oooo…baju ni dia yang sponsor farah.. designer dia …
Saat itu juga saya berharap sangat kiranya tindakan saya untuk tidak merasa geram terhadap lanun fesyen ini dan menganggapnya sebagai sedekah,ianya akan mendatangkan pahala yang besar dan berganda.. dan kiranya di dalam Al Quran ada menyatakan bahawa salah satu tanda2 hampirnya kiamat itu apabila rekaan fesyen akan ditiru tanpa segan dan silu serta pantas, maka sedarlah wahai umat manusia bahawa tanda itu sudah nyata dan kita sudah amat hampir kepadanya….
fara1fara2
Farah Fauzana semasa Hari Jadinya…Adakah ini baju yang dimaksudkan? KALAU SALAH JANGAN MARAH YEEEEEEEEEEE…..bagitau CuteCarry awal-awal ye…
Cool jugak Rizalman terutama bila dia tulis “ tidak merasa geram terhadap lanun fesyen ini dan menganggapnya sebagai sedekah,ianya akan mendatangkan pahala yang besar dan berganda”…
Kepada pereka tersebut… pesanan CuteCarry, kalau nak tiru ubah-ubahlah sikit, jangan la 100%…. Fesyen bukanlah mencipta sesuatu perkara baru atau sains, tapi ia adalah evolousi. Lakukan evolusi anda..
I know you can do it…
CuteCarry pun tak tau siapakah pereka/designer tersebut!! Tapi yang pasti, dia BUKANLAH Nik Erwan Roseli seperti yang dikata-katakan.. kalau tahu tolong email saya ye, saja je nak tau …

Gambar daripada budiey.com