Dihalau Pak Guard ketika jogging di Port Dickson!
22 February 2013Protokol dan Etiket Sosial bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
24 February 2013Heboh dalam instagram yang menyatakan tentang Scha Al Yahya kelihatan seperti mengandung bila memakai baju belang melintang. Sekali imbas memang nampak seperti mengandung tetapi CuteCarry macam ragu-ragu, adakah beliau mengandung ataupun ilusi baju belang dan juga kedudukan baju yang sedikit mengembung ketika Scha snap gambar ini.
Kalaulah benar Scha mengandung, CuteCarry ucapkan tahniah kepada Scha dan Awal. CuteCarry last jumpa dengan mereka sewaktu bercuti ke Bali. Terserempak dengan Scha dan Awal di airport dan sempatlah kita berbual-bual sekejap. Waktu tu Scha pun tak sihat, ingatkan mengandung sebab tak sihat tapi dia memang tak berapa sihat.
Bila tengok lagi sekali gambar ini dan Scha memakai baju yang sama, rasanya beliau tidak mengandung, berkemungkinan ilusi baju belang yang menyebabkan Scha nampak mengandung. Tapi ingat, bukan semua baju belang melintang menampakkan anda nampak gemuk dan bukan semua baju belang menegak menampakkan anda kurus. Dua situasi:-
i. Jika anda pakai baju jalur melintang (horizontal) tetapi kelebaran jalur melintang tersebut halus dan rapat-rapat, ia tidak akan menampakkan anda gemuk.
ii. Jika anda memakai baju menegak (vertical) tetapi kelebaran jalur adalah lebar/besar dan juga ia jaraknya agak besar, ia akan menyebabkan anda nampak bertambah gemuk!
Itu adalah sebab mengapa ada diantara orang yang hendak nampak kurus dan memakai jalur menegak akhirnya nampak lebih gemuk dan besar disebabkan oleh kelebaran dan jarak jalur. Hati-hati bila memilih jenis corak jalur-jalur.
CuteCarry with Scha in Wanpa, slim melim forever and ever!!!
Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling individu dan juga kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini