Tudung Diana Amir x Melinda Looi @ Islamic Fashion Festival (IFF) 2013

Artis yang berhijrah ini sering mendapat perhatian termasuklah Diana Amir. Tetapi, jika artis yang berhijrah tersebut ada mempunyai sense of style, mesti ramai pengikut.


CuteCarry with Diana Amir. I am so  yellow, yet so red…

Diana Amir bersama Melinda Looi telah melancarkan koleksi hijab yang  diberi nama Diana Amir x emel by Melinda Looi semasa Islamic Fashion Festival (IFF) 2013. Emel adalah bermaksud amal, dan sebahagian daripada hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan. CuteCarry dah tengok tudung-tudung tu dan disimpulkan kualiti tudung yang bagus dengan harga yang berpatutan. Nak tahu lebih lanjut tentang tudung ni, tengok video CuteCarry bersembang-sembang dengan Diana dan Melinda.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=iJJST5-n4fw[/youtube]

Begitulah kita sembang-sembang.Maaflah sebab video salah ambil,jadi kecil pula screennya!

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=WVEXT57LlkI[/youtube]

Fashion show kali ini agak unik kerana ia tidak menggunakan real model seperti biasa kita tengok di runway yang super tall, super skinny tetapi real people. Real people like you. So, kalau they look great, you can look great too! Tudung emel yang dilihat ada pelbagai daripada print sehinggalah kepada studded. Macam-macam!

TETAPI SEBENAR-BENARNYA REAL PEOPLE YANG PALING BERANGAN NAK HIJABISTA JUGA  ADALAH SEPERTI DI BAWAH.. JANGAN MUNTAH!

Boy just wanna have fun.TETAP BERANGAN NAK MENGGAYAKAN Diana Amir x emel by Melinda Looi! CuteCarry suka piece ini sebab ada unsur-unsur baroque print.  Baroque agak in juga kat runway masa Milan, Paris and London Fashion Week. Nasib baik tak suruh catwalk sekali,kalau tak lagi over posing atas pentas!

ps: thank you kepada follower CuteCarry, Sam Syadeed kerana tolong CuteCarry pada hari ini ambil gambar dan jadi temporary assistant. Assistant CuteCarry tiada kerana outstation so CuteCarry pun letak dalam twitter sapa nak tolong CuteCarry dan dia tweet balik, so kita jumpa pada pagi event tu di PWTC. Sam ialah follower CuteCarry sejak dah bertahun-tahun dahulu dan kita berjumpa pada hari ini. Thank you u!!!

Muahhhhhhhhh….xoxo.