Another year older and another year wiser (ye ke wiser, bukan bertambah gedik ke?).
CuteCarry meraikan hari kelahiran dalam keadaan yang simple kerana terlalu sibuk dengan aktiviti harian. Oleh itu, seperti tahun lepas sambutan dibuat di Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong. Kediaman ini menempatkan anak-anak yatim dan miskin.
Tetapi satu peristiwa berlaku pada petang majlis hari jadi. CuteCarry bersama salah seorang penghuni yang berusia 14 tahun ke kepasar Ramadan dan dia memanggil CuteCarry sebagai PAKCIK!! Terkejut biru sebab first time kena panggil pakcik. Diri terasa sangat tua, terus rasa nak beli kolagen satu tong waktu tu juga!!
Tetapi bila dipanggil Uncle terasa ok pulak.. sama je kan, UNCLE dengan PAKCIK. Begitulah kuatnya kuasa branding UNCLE dan kuasa bila seseorang dipanggil PAKCIK!
Pakcik Hafiz? Pakcik CuteCarry? Tidakkkkkkkkkk…….. tetapi kena terima kenyataan usia semakin meningkat!
Maaf diucapkan kepada kawan-kawan kerana tidak menjemput anda semua. Majlis ini dbuat kecil-kecilan untuk meraikan adik-adik ini. Semua excited sangat hendak pegang ‘beg’ atas kek itu. Telatah mereka membuatkan CuteCarry lupakan segala kepenatan dan tekanan.
Tq adik-adik ku! Jika ingin bersedekah pd mereka, sila hubungi Ustazah Norhayati 0132714595
Leave a Reply